KUALA LUMPUR: Tiga insentif pemberian diskaun kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diumumkan kerajaan menerusi pembentangan Bajet 2022 disambut baik apabila rata-ratanya mengambil pendekatan itu untuk melangsaikan baki pinjaman yang tertunggak.
Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad di Johor Bahru, Noor Azeera Md Ali, 34, berkata pengumuman itu merupakan berita gembira buatnya kerana beliau sudah lama berazam menyelesaikan pinjaman itu yang berjumlah kira-kira RM15,000 ketika melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Akauntansi di Politeknik Merlimau, Melaka selama tiga tahun pada 2006.
Katanya walaupun mengambil inisiatif untuk membuat potongan gaji sebanyak RM160 setiap bulan sejak 2015 namun beliau segera merebut peluang untuk melunaskan baki pinjaman yang berjumlah RM8,146.20 dengan insentif diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
Lebih menggembirakan, beliau hanya perlu membayar sebanyak RM6,924.27 iaitu pengurangan sehingga kira-kira RM1,200 menggunakan Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Selepas mendengar pembentangan belanjawan, saya terus buat keputusan pada pertengahan November untuk berurusan dengan pegawai PTPTN mengenai tatacara bayaran dan memohon pengeluaran Akaun 2 KWSP secara dalam talian.
"Dalam tempoh seminggu sahaja, semuanya selesai malahan mendapat pulangan lebihan bayaran lagi kira-kira RM50," katanya ketika dihubungi Bernama.
Pada 29 Okt lepas, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kerajaan bersetuju memberi diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 Nov lepas hingga 30 April 2022.
Tengku Zafrul berkata ia meliputi diskaun sebanyak 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman serta diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
Katanya diskaun 10 peratus pula diberikan untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.
Noor Azeera, yang juga ibu kepada tiga anak berusia dua hingga lapan tahun, berkata setelah menyelesaikan keseluruhan baki pinjaman, kini beliau boleh menarik nafas lega kerana tidak perlu memikirkan hutang PTPTN yang sepatutnya berbaki lapan tahun lagi.
"Selepas ini, saya dan suami hanya perlu menumpukan kepada komitmen bayaran yang lain," katanya sambil menambah peminjam lain tidak perlu menunggu sehingga saat-saat akhir tempoh diskaun diberikan untuk melangsaikan tunggakan pinjaman.
Seorang jurubank peribadi Lim Yong Qing, 24, yang bertugas di RHB Bank, Batu Pahat, Johor turut tidak melepaskan peluang untuk menikmati insentif itu dan berasa lega kerana tidak perlu lagi memikirkan hutang pengajian.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kewangan Antarabangsa dan Ekonomi Universiti Malaysia Sabah itu berkata beliau membuat pinjaman PTPTN berjumlah kira-kira RM14,000 pada 2017 dan baru sahaja menamatkan pengajian tahun lepas.
"Saya sebelum ini sudah menyelesaikan separuh daripada pinjaman dan mengambil peluang ini dengan menyelesaikan keseluruhan pinjaman menggunakan wang sendiri yang disimpan ketika bekerja sambilan sebelum menyambung pelajaran," katanya.
Beliau turut meminta peminjam lain agar segera menyelesaikan baki pinjaman bagi membantu kelestarian generasi akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021

Kerajaan bersetuju memberi diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 Nov lepas hingga 30 April 2022. - Foto BERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Bebas pinjaman dengan Simpan SSPN
Mula menabung dengan Simpan SSPN untuk membiayai pendidikan anak di institusi pengajian tinggi tanpa perlu meminjam wang lagi.

Simpan SSPN realisasi impian pengajian tanpa hutang
Inisiatif berkenaan dilaksanakan melalui Simpan SSPN, merangkumi Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus, masing-masing dengan pelbagai keistimewaan.

PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, komitmen kelestarian dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan dan relevan untuk generasi akan datang.

Yayasan Waqaf Malaysia diseru urus harta wakaf dengan tatakelola baik - Mohd Na'im
Menteri Hal Ehwal Agama minta Yayasan Waqaf Malaysia urus harta waqaf dengan tatakelola yang baik agar dapat memberikan manfaat kepada pembangunan ummah.

PTPTN peruntuk RM4.28 juta bagi WPP mahasiswa sesi Okt
Setiap pelajar yang layak akan mendapat RM1,500 untuk menampung sebahagian perbelanjaan bagi persiapan awal pelajar memasuki institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan politeknik.

Pendaftaran universiti bagi pengambilan Oktober ini dipermudah bagi pelajar B40
Kementerian Pendidikan Tinggi memberi jaminan bahawa tiada pelajar daripada golongan B40 akan tercicir daripada akses pendidikan di negara ini hanya kerana masalah yuran pendaftaran.

PTPTN lanjut kempen 'Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300'
Susulan sambutan menggalakkan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melanjutkan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300 khas untuk peminjamnya hingga 30 Sept ini.

KEMAS, PTPTN meterai MoU tingkat budaya penabungan awal
Kerjasama strategik itu bakal memberi manfaat dan meningkatkan kesejahteraan warga KEMAS serta masyarakat luar bandar.

180,000 pelajar baharu terima pembiayaan PTPTN setiap tahun
Ahmad Dasuki berkata, PTPTN merupakan penyelamat dan penyumbang kewangan yang besar kepada anak bangsa dalam mencapai cita-cita.

PTPTN lancar kempen penstrukturan pinjaman tertunggak bermula serendah RM300
Kempen dua bulan bermula 1 Jun hingga 31 Julai ini terbuka kepada semua peminjam dengan tunggakan sama ada pinjaman konvensional atau ujrah.