ALOR GAJAH: Seorang pemandu kren ditahan kerana memiliki dua laras senapang angin buatan sendiri dalam serbuan di Rumah Awam Lubok Redan, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah di sini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata lelaki berusia 37 tahun itu yang tidak mempunyai lesen sah daripada pihak berkuasa untuk menyimpan senjata berkenaan ditahan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Alor Gajah kira-kira 12.45 tengah malam Ahad.
"Dua laras senapang angin dan beberapa komponen senapang angin serta peluru ball bearing ditemukan di ruang tamu rumah awam berkenaan.
"Suspek mendedahkan senjata api tersebut dibuat sendiri menggunakan kaedah yang diajar menerusi laman web dan lelaki berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati lelaki berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes pemerasan di Kulai, Johor pada 2020.
Katanya suspek ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sehubungan itu, Arshad berkata orang awam dinasihatkan tidak memiliki atau menyimpan senjata api tanpa lesen kerana ia menyalahi undang-undang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 25 2021

Suspek ditahan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Alor Gajah kira-kira 12.45 tengah malam Ahad. - Gambar hiasan
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Polis Melaka tahan lelaki jual senapang angin
Suspek berusia 37 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 1.15 tengah hari hasil risikan pihak polis.

Pemandu kren ditahan miliki dua senapang angin buatan sendiri
Seorang pemandu kren ditahan kerana memiliki dua laras senapang angin buatan sendiri dalam serbuan di Rumah Awam Lubok Redan, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah.