PETALING JAYA: Seorang pemandu lori didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menghantar mesej lucah melalui aplikasi WhatsApp kepada seorang wanita yang tidak dikenalinya, dua tahun lepas.
Hakim Jamaludin Mat menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Razman Ramli, 32, selaku Orang Kena Saman (OKS) dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda. Mohd Razman membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, Mohd Razman didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi lucah sifatnya kepada seorang wanita menggunakan perkhidmatan aplikasi WhatsApp dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain dan komunikasi itu telah dilihat di sebuah rumah di Ara Damansara di sini pada 2.49 petang, 20 April 2020.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Mohd Razman yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia adalah bapa tunggal yang perlu menanggung dua anak masih kecil dan ibu yang uzur selain menyesal melakukan perbuatan itu serta berjanji tidak akan mengulanginya.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Nur Nazhzilah Mohammad Hashim memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran agar tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 10 2022

Mohd Razman didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi lucah sifatnya kepada seorang wanita menggunakan perkhidmatan aplikasi WhatsApp dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.- Gambar hiasan

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Salah, Szoboszlai hantui Manchester City di Etihad
Kemenangan luar biasa ke atas penyandang juara ini melebarkan jurang mata di puncak liga dan memberi tekanan psikologi kepada Arsenal.

Bekas bintang Arsenal, Manchester United kini bersama Feyenoord
Pemain berusia 41 tahun itu menandatangani kontrak sehingga Jun 2027 selepas dilepaskan Heerenveen.

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.

Pemandu lori didenda RM6,000 hantar mesej lucah kepada seorang wanita
Seorang pemandu lori didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menghantar mesej lucah melalui aplikasi WhatsApp kepada seorang wanita yang tidak dikenalinya.

Pemandu lori, pekerja kontrak mengaku hantar mesej lucah
Kedua-dua tertuduh didakwa memulakan penghantaran lucah dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.