JEMPOL: Seorang pemandu lori yang telah lari daripada sekatan jalan raya dan dikejar sejauh 50 kilometer, telah diberkas polis semalam, kata Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook.
Beliau berkata pada kejadian itu polis terpaksa melepaskan 10 das tembakan di bahagian tayar lori yang dipandu lelaki 21 tahun itu, di kilometer 9 Jalan Bahau-Kemayan.
"Ketika kejadian, sebuah lori yang dipandu suspek secara tiba-tiba membuat pusingan U di garisan berkembar, hingga menyebabkan berlaku kemalangan dengan sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki berumur 40 tahun.
"Pemandu itu juga telah memandu secara merbahaya dan beberapa kali menghimpit motosikal ditunggang seorang anggota polis trafik ke laluan bertentangan dan hampir melanggar anggota tersebut serta pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Hoo berkata anggota polis tersebut, terpaksa melepaskan das tembakan di bahagian tayar lori itu supaya suspek memberhentikan kenderaan tersebut.
"Suspek terus melarikan diri dalam keadaan tayar pecah. Bagaimanapun dengan bantuan kereta peronda MPV, lelaki itu ditangkap didalam kawasan ladang sawit," katanya.
Beliau berkata suspek dibawa ke IPD Jempol bagi siasatan lanjut, dan dapati positif Methamphetamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 10 2024

Hoo berkata pada kejadian itu polis terpaksa melepaskan 10 das tembakan di bahagian tayar lori yang dipandu lelaki 21 tahun itu, di kilometer 9 Jalan Bahau-Kemayan. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PRN Melaka: Polis buka 17 SJR bermula esok
PDRM akan melaksana Sekatan Jalan Raya (SJR) di 17 lokasi seluruh Melaka sepanjang tempoh pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN), 20 November ini.

PKP: Sabah pertimbang cadangan pergerakan lebih 10km
Datuk Masidi Manjun berkata kerajaan negeri juga sedang mengkaji keperluan untuk melaksanakannya seperti yang disarankan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali.

PKP: Kompaun, patah balik jika tiada surat kebenaran - Polis Kota Setar
Pihaknya telah mengaktifkan tiga SJR di laluan Plaza Tol Alor Setar Selatan, Plaza Tol Alor Setar Utara dan di laluan masuk melalui Kepala Batas sepanjang PKPB.

PKPB: Pematuhan SOP SJR di Sentul capai 95 peratus - Polis
Pihak yang didapati tidak patuh SOP membabitkan kenderaan syarikat seperti van dan lori.

78 individu ditahan langgar PKP, ini 5 fokus kenyataan Ismail Sabri
Seramai 78 individu telah ditahan pada Khamis atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pasukan pematuhan SOP ditubuhkan, fokus cegah jenayah sepanjang PKPP - Polis
PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menubuhkan pasukan jawatankuasa pematuhan dalam menjalankan pemeriksaan SOP bermula hari ini hingga 31 Ogos.

Polis Bintulu ambil langkah ubah lokasi sekatan di laluan tikus
Tidak ada yang dapat lolos meskipun melalui jalan 'tikus' menuju ke bandar Bintulu.

Tiga juta rakyat Malaysia masih ingkar - Panglima Angkatan Tentera
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, angka itu merupakan jumlah yang besar dan perlu ditangani segera.