IPOH: Rancang menukar pekerjaan kerana kepenatan merupakan perbualan terakhir seorang pemandu lori sayur Muhammad Hafiz Hamdi, 31, bersama isterinya sebelum terlibat dalam runtuhan tanah di jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands petang semalam.
Perkara itu dimaklumkan isteri mangsa Nor Shahida Saidin, 31, selain topik perkahwinan adik iparnya sebelum suaminya itu terlibat dalam kejadian tanah runtuh semalam.
Menurutnya arwah Muhammad Hafiz perlu berulang-alik dari kediaman mereka di Tanjung Piandang, Kerian ke Cameron Highlands, untuk mengambil sayur setiap hari.
"Arwah memberitahu bahawa dia ingin menukar pekerjaan daripada pemandu lori kepada pemandu treler sahaja, kerana arwah sering sakit badan sejak kebelakangan ini selain dikhuatiri tiada masa dengan keluarga kerana dia memandu dalam tempoh yang lama," katanya.
Ibu kepada dua anak itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai proses bedah siasat Allahyarham suaminya, di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HPRB) di sini hari ini.
TANAH RUNTUH-ISTERI 2 (AKHIR) IPOH
Dilapor, Allahyarham Muhammad Hafiz Hamdi antara dua yang maut dalam kejadian tanah runtuh itu selain pemandu Toyata Alphard, Tan Chee Heng, 36.
Nor Shahida, ibu kepada Nurhannan Fitrysha, dua tahun dan bayi Muhammad Hafiy Fahri yang berusia tujuh bulan itu berkata beliau mendapat tahu mengenai kejadian malang itu menerusi majikan dan rakan suaminya, serta tidak menyangka waktu Subuh semalam adalah pertemuan terakhir mereka sekeluarga sebelum dijemput Ilahi.
"Subuh merupakan kali terakhir saya berjumpa arwah. Hanya seperti biasa, tiada pesanan, arwah bersalaman dengan saya dan mencium anak-anak seperti hari-hari biasa dan sering mengungkap 'baby busuk, kakak masam, babah nak pergi kerja dah' sebelum pergi bekerja," katanya dengan nada sebak.
Katanya mereka ada berbincang mengenai persiapan perkahwinan adiknya yang akan berlangsung hujung bulan ini, di mana arwah meluahkan hasratnya untuk menaja perbelanjaan perkahwinan adiknya.
Beliau berkata jenazah suaminya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Tanjung Piandang, di Parit Buntar petang ini, setelah segala urusan di hospital selesai.
Bedah siasat juga dilakukan ke atas seorang lagi mangsa tanah runtuh, Tan Chee Heng, yang dalam perjalanan dari Gua Musang ke Pulau Pinang pada hari ini, namun usaha wartawan untuk menemubual keluarganya gagal kerana enggan ditemui pemberita.
Kedua-dua mangsa ditemui tertimbus di dalam kenderaan masing-masing selepas operasi mencari dan menyelamatkan dilakukan hampir lapan jam, sebelum berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat dan dibawa ke HRPB.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 03 2021

Nor Shahida ketika urusan menuntut jenazah suaminya di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, 3 Dis 2021. --fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pemandu lori sayur rancang tukar kerja sebelum maut dalam tragedi tanah runtuh Simpang Pulai
Arwah Muhammad Hafiz berulang-alik dari kediaman mereka di Tanjung Piandang ke Cameron Highlands untuk mengambil sayur setiap hari.