BUTTERWORTH: Seorang pemandu lori ‘prime mover’ maut akibat tersepit di dalam kabin pemandu selepas kenderaan yang dipandunya dihempap sebuah kontena dalam kejadian di Pelabuhan Pulau Pinang pagi Jumaat.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang dalam kenyataan memaklumkan pekerja lelaki warga tempatan berusia 41 tahun itu maut di tempat kejadian dalam kemalangan yang berlaku pada jam 10.13 pagi itu.
Sepasukan pegawai penyiasat JKPP Pulau Pinang telah diarahkan ke lokasi kejadian dan menjalankan siasatan sebaik sahaja menerima maklumat mengenai insiden tersebut.
"Daripada siasatan awal yang dijalankan, mangsa adalah pemandu ‘prime mover’ salah sebuah syarikat pembekal jentera ‘prime mover’ di terminal kontena tersebut.
"Ketika kejadian, mangsa dikatakan telah membuat pusingan-U ketika dalam perjalanan menghantar kontena ke kapal.
"Kepala mangsa didapati tersepit di dalam kabin pemandu ‘prime mover’ dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan," kata kenyataan tersebut.
Sehubungan itu, JKKP Pulau Pinang telah mengeluarkan satu notis larangan bagi aktiviti kerja pengendalian jentera ‘prime mover’ dan siasatan lanjut akan dijalankan oleh Pegawai Penyiasat JKKP Pulau Pinang.
Pihak JKKP akan mengambil tindakan perundangan sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ke atas pihak yang bertanggungjawab.
JKKP memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja mahupun orang awam.
"Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja dan bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya-bahaya di tempat kerja, membuat penilaian risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja," katanya.
Tambahnya, kejadian seumpama itu boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Mar 10 2023

Seorang pemandu lori prime mover maut akibat tersepit di dalam kabin pemandu selepas kenderaan yang dipandunya dihempap sebuah kontena dalam kejadian di Pelabuhan Pulau Pinang pagi Jumaat. - Foto ihsan pembaca

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

Pemandu 'prime mover' maut tersepit dihempap kontena
Seorang pemandu prime mover maut akibat tersepit di dalam kabin pemandu selepas kenderaan yang dipandunya dihempap sebuah kontena.