SEPANG: Seorang lelaki cedera di bahagian muka dan kepala selepas tayar yang tercabut dari sebuah lori terkena bahagian cermin hadapan kenderaan dipandunya di Kilometer (KM) 27.2 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pemandu lori yang dalam perjalanan ke Ipoh, Perak memberhentikan kenderaan selepas terdengar bunyi kerosakan sejurus tiba di lokasi kejadian sekitar jam 1.37 petang.
"Ekoran daripada bunyi tersebut pemandu lori, lelaki tempatan berusia 30 tahun memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan.
"Selepas berhenti, pemandu lori terbabit melihat tayar bahagian kiri telah tercabut dan terkena kereta mangsa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Wan Kamarul Azran berkata, kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz dipandu mangsa berusia 39 tahun terbabit mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung hadapan.
"Mangsa telah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan dan telah dibenarkan pulang ke rumahnya di Kundang, Rawang pagi Rabu," katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian keadaan jalan serta cuaca baik dan pihaknya sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran.
"Polis telah merakam percakapan pemandu lori dan akan mengambil keterangan mangsa dalam masa terdekat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujar beliau.
Sinar Harian
Wed Nov 02 2022

Perodua Aruz dipandu mangsa berusia 39 tahun terbabit mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung hadapan. - Gambar/ Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.

Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan
Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.

Jururawat nyaris maut, tayar lori hentam kereta
Tayar lori tercabut secara tiba-tiba di bahagian belakang dan terus terpelanting ke arah kereta dipandu mangsa dari arah bertentangan.

Peniaga tepi jalan maut terkena tayar lori tercabut
Mangsa, Muhammad Airiel Rizman Mohamad Nazari, 18, sedang berniaga di tepi jalan bersama rakannya.

Pemandu SUV cedera terkena tayar lori tercabut di lebuh raya
Seorang lelaki cedera di bahagian muka dan kepala selepas tayar yang tercabut dari sebuah lori terkena bahagian cermin hadapan kenderaan dipandunya di Kilometer (KM) 27.2 Elite.