PUTRAJAYA: Pemandu teksi, V. Balamurugan memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mengeluarkan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) daripada senarai kumpulan pengganas.
Dalam permohonannya yang difailkan pada 13 Mei, Balamurugan mengemukakan lima persoalan undang-undang untuk dipertimbangkan oleh Mahkamah Persekutuan.
Dalam notis usul, Balamurugan berkata persoalan undang-undang berkenaan skop dan had kuasa Menteri Dalam Negeri dalam mengisytiharkan entiti di bawah Seksyen 66B(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Peguam Omar Kutty Abdul Aziz, yang mewakili Balamurugan, semasa dihubungi mengesahkan telah memfailkan permohonan itu.
Pengurusan kes ditetapkan pada 17 Jun.
Pada 17 Sept 2020, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan Balamurugan untuk membatalkan warta kerajaan yang menyenaraikan kumpulan LTTE sebagai pengganas di negara ini namun gagal dalam rayuan di Mahkamah Rayuan yang menolaknya pada 14 April lepas.
Balamurugan memohon suatu pengisytiharan dan/atau deklarasi bahawa butiran mengenai LTTE dalam perintah tersebut tidak mempunyai kesan dan tidak terpakai manakala kemasukan butiran mengenai LTTE adalah batal dan tidak sah yang ia adalah ultra vires atau melangkaui Perlembagaan Persekutuan.
Dia menamakan Menteri Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
Balamurugan memohon suatu perintah certiorari bagi membatalkan serta-merta butiran mengenai LTTE di dalam Perintah Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Pengisytiharan Entiti Ditentukan Dan Kehendak Untuk Melapor) (Pindaan) 2014 bertarikh 12 Nov 2014.
Balamurugan merupakan antara 12 individu yang didakwa pada akhir 2019 atas dakwaan menyokong LTTE.
Bagaimanapun, pada Februari 2020, Peguam Negara ketika itu Tan Sri Tommy Thomas menggugurkan pertuduhan terhadap mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022

Dalam permohonannya yang difailkan pada 13 Mei, Balamurugan mengemukakan lima persoalan undang-undang untuk dipertimbangkan oleh Mahkamah Persekutuan.- Gambar hiasan/ Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Pemandu teksi gagal dapat kebenaran keluarkan LTTE daripada senarai kumpulan pengganas
Selepas mempertimbangkan hujahan yang dibangkitkan dan meneliti rekod rayuan, kebenaran ditolak kerana perkara itu berkaitan kepentingan awam.

Pemandu teksi mohon kebenaran merayu untuk keluarkan LTTE daripada senarai kumpulan pengganas
Dalam permohonannya yang difailkan pada 13 Mei, Balamurugan mengemukakan lima persoalan undang-undang untuk dipertimbangkan oleh Mahkamah Persekutuan.

LTTE: Ketua Polis Johor terima ugutan bunuh
Ancaman bunuh itu diterima Ayob Khan dua minggu lalu menerusi panggilan telefon daripada individu tidak dikenali kepada pegawainya.

Ugut bunuh Ketua Polis Negara, Sebastian kini diburu - Bukit Aman
Bukit Aman membuka kertas siasatan berhubung kes itu dan sedang mengesan suspek.

"Saya tak sokong LTTE, tapi tak payah gelar mereka pengganas" - Tun M
Bagaimanapun, LTTE tidak sewajarnya diambil tindakan seperti menggelarkan mereka pengganas hanya kerana isu di Sri Lanka.

LTTE: Sukar dituduh semula jika sudah dilepas, dibebas - Peguam
Beliau, bagaimanapun, meyakini bahawa kes itu sudah tamat berdasarkan keputusan yang telah ditetapkan mahkamah.

Pengguguran kes LTTE akan disemak semula - KDN
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas sebelum ini memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan dengan kumpulan LTTE.

LTTE: Lapan lelaki termasuk ADUN Gadek bebas
Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan Peguam Negara telah mengeluarkan arahan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap kesemua tertuduh mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

LTTE: ADUN Seremban Jaya, P. Gunasekaren lepas bebas
Peguam Ramkarpal Singh memohon supaya tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan tersebut.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.