Seorang pemandu treler cedera parah, manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua buah treler di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran hentian sebelah Taiping, awal hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi itu, mangsa yang parah dikenali sebagai A. Supermaniam (ulang: Supermaniam), 42, dari Bertam Ulu, Melaka apabila mengalami patah kaki kiri, tangan kiri dan bahu kiri.
Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harrith Kam Abdullah berkata seorang lagi pemandu yang cedera ringan dikenali sebagai Sailani Nasir, 54, dari Ladang Sungai Dingin, Kedah dan keduanya-duanya kini dirawat di Hospital Taiping.
"Kemalangan berlaku apabila treler dipandu Supermaniam yang membawa muatan gegelung aluminium hilang kawalan sebelum melanggar belakang treler yang dipandu Sailani," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Harrith Kam berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, dalam kemalangan berasingan di Sitiawan, seorang pemandu lori yang membawa muatan tanah maut selepas tersepit akibat melanggar bahagian belakang sebuah treler.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, mangsa yang maut dalam kemalangan di kilang padi, Jati, Seberang Perak kira-kira pukul 1.29 petang itu adalah seorang lelaki berumur 24 tahun.
"Pemandu lori tanah itu melanggar bahagian belakang sebuah treler sehingga menyebabkannya tersepit dan disahkan mati di lokasi oleh pegawai perubatan.
"Anggota bomba menggunakan 'rescue tools' untuk mengeluarkan mangsa dan menyerahkannya kepada pihak hospital dan polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.
Identiti mangsa itu belum dikenal pasti.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2017

Seorang pemandu treler cedera parah, manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua buah treler di PLUS. - Gambar hiasan

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Pemandu treler parah terlibat kemalangan di PLUS
Seorang pemandu treler cedera parah, manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua buah treler di PLUS arah utara berhampiran hentian sebelah Taiping, awal hari ini.