BENTONG: Polis akan memanggil pemandu pacuan empat roda untuk memberikan keterangan susulan tular klip video memaparkan kenderaan itu dipercayai memotong garisan berkembar di jalan lama Bentong-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, tindakan itu diambil selepas Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong telah menjalankan siasatan awal untuk mengesan pemandu tersebut.
Menurutnya, klip video berdurasi 31 saat tular di satu laman Facebook yang dimuat naik oleh seorang lelaki warganegara tempatan.
"Semakan awal mendapati kenderaan tersebut memiliki empat kesalahan trafik lampau antaranya adalah memandu laju.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan denda maksimum RM15,000," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Dalam pada itu Zaiham memohon mana-mana pihak yang melihat kejadian yang melanggar undang-undang jalan yaya untuk tampil memberi maklumat.
"Pihak polis juga menasihati pemandu terbabit supaya hadir ke pejabat BSTPD Bentong bagi membantu siasatan," ujar beliau. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 31 2022
Tangkap layar klip video yang memaparkan pacuan empat roda dipercayai memotong garisan berkembar di jalan lama Bentong-Kuala Lumpur pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.
KESUMA, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.
Anak muda Malaysia kini kurang berhibur di Sungai Golok
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan, peratusan anak muda Malaysia yang berhibur di Sungai Golok kini semakin berkurangan susulan penutupan pangkalan haram 1 Disember 2024.
Malaysia lihat tanda awal pemulihan populasi - Nik Nazmi
Malaysia kini melihat tanda-tanda positif dalam pertumbuhan populasi harimau Malaya, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Perubahan iklim: Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
Malaysia menggesa negara anggota ASEAN mengambil pendirian yang lebih tegas dan bersatu dalam menangani isu perubahan iklim sempena pemegangannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
Orang hilang: Polis minta bantuan kesan S Thilagawathy
Polis Daerah Bentong menerima laporan berkaitan kehilangan Thilagawathy daripada suaminya pada 10.18 malam, Sabtu lalu.
Polis mohon bantuan orang ramai kesan Nardeep Kaur
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang semalam di Bentong.
Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang
Polis Daerah Bentong menerima laporan mengenai kehilangan Khairul Amir Ismail pada 3.43 petang Isnin.
Mayat ditemui di lereng bukit Genting Highlands
Buat masa ini kes disiasat sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.
Polis terima laporan cip kasino lebih RM4.6 juta dicuri
Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung kes kecurian cip bernilai RM4.6 juta di bilik kasino Genting Highlands.
Kematian warga emas semasa operasi anjing liar diklasifikasikan mati mengejut
Punca kematian lelaki itu adalah respiratory arrest secondary to acute exacerbation of chronic obstructive pulmonary disease.
Dua warga asing diberkas terlibat 'Love Scam' di Genting Highlands
Dua orang warga asing itu, seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 32 dan 37 tahun.
Lebuhraya Karak sesak 6 kilometer, treler terundur masuk longkang
Kesesakan sepanjang kira-kira enam kilometer berlaku lebih 10 jam apabila sebuah treler muatan baja terundur dan terbabas ke dalam longkang di Kilometer 40.9 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak hari ini.
Kelindan lori terlibat kemalangan meninggal dunia ketika rawatan
Akibat nahas di Lebuh Raya Karak itu, pemandu mengalami patah tangan kiri manakala kelindan parah di bahagian kepala dan tangan.
Pemandu tular potong garisan berkembar dipanggil beri keterangan
Semakan awal mendapati kenderaan tersebut memiliki empat kesalahan trafik lampau antaranya adalah memandu laju.