BALIK PULAU: Seorang wanita yang mengalami sakit dada ketika memandu telah hilang kawalan sehingga masuk ke laluan bertentangan dan menyebabkan kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Balik Pulau, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata kemalangan yang berlaku pada 9 pagi melibatkan tiga kereta dan tiga motosikal itu telah menyebabkan dua mangsa mengalami kecederaan parah.
"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila pemandu wanita berusia 59 tahun yang mengalami sakit dada, dari arah pekan Balik Pulau telah memasuki ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta dari Simpang Empat.
"Tiga motosikal tidak sempat mengelak dengan sebuah daripadanya (motosikal) telah terbabas dan melanggar sebuah lagi kereta yang diletakkan di kawasan parkir kedai makan tomyam di situ," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kemalangan itu telah menyebabkan dua orang cedera parah, dua berada di zon kuning, dua di zon hijau serta seorang lagi tidak mengalami kecederaan dan kesemua mereka sedang dirawat di Unit Kecemasan Hospital Balik Pulau.
Kamarul Rizal berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut dan kes itu disiasat menurut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, tular video di lokasi kejadian kemalangan yang turut memaparkan seorang wanita sedang mengalami sakit dada manakala seorang mangsa lelaki dalam keadaan terbaring di dalam parit tepi jalan berkenaan.
Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata polis menahan sembilan individu yang positif dan memiliki dadah dalam Op Noda yang dijalankan di pusat hiburan di sini.
"Dalam operasi bermula tengah malam semalam itu, pihaknya menahan sembilan pengunjung pusat hiburan dan kesemua mereka disiasat menurut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Kamarul Rizal berkata pemeriksaan di pusat-pusat hiburan di daerah Barat Daya akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi mengesan suspek-suspek jenayah dan penyalahgunaan dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 11 2023

Polis berkata kemalangan yang berlaku pada 9 pagi melibatkan tiga kereta dan tiga motosikal itu telah menyebabkan dua mangsa mengalami kecederaan parah. - Foto Sinar Harian
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Nahas pelajar UiTM Dungun: Pendakwaan semula pemandu wanita 20 Feb depan
Majistret membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan berdasarkan laporan psikatri Norizan Ismail, yang diterima dari Hospital Permai, Johor.

Sebutan semula kes pemandu wanita langgar pelajar UiTM Dungun 18 Dis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 18 Dis untuk sebutan semula kes pemandu wanita yang berdepan tuduhan cubaan membunuh sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar Universiti Tekn

Nahas pelajar UíTM Dungun: Pemandu wanita tiada lesen memandu
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata setakat ini seramai 11 individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Tragedi UiTM Dungun: Pemandu wanita sekali lagi didakwa, cubaan bunuh
Pemandu wanita yang dipercayai merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) sekali lagi didakwa di mahkamah di sini, hari ini.

Pemandu wanita sakit dada masuk laluan bertentang punca kemalangan enam kenderaan
Kemalangan yang berlaku pada 9 pagi melibatkan tiga kereta dan tiga motosikal itu telah menyebabkan dua mangsa mengalami kecederaan parah.

Nahas lima sekeluarga di Gerik: Polis akan ambil keterangan pemandu Hilux
Setakat ini, ia belum dapat dilakukan kerana pemandu berkenaan, seorang wanita berusia 53 tahun, masih dirawat di Hospital Jeli.

airasia ride cadang perluas perkhidmatan ke Thailand pada 2022
Syarikat itu akan bermula dengan Bangkok, sebelum mengembangkan liputannya ke bandar lain di negara itu.

Gangguan seksual di SJR: Bukit Aman tarik tugas dua anggota polis
Dua anggota polis ditarik tugas serta-merta susulan dakwaan terbabit dalam kejadian gangguan seksual terhadap pemandu kereta wanita di dua sekatan jalan raya, minggu lalu.

Pemandu wanita rempuh kedai stesen minyak
Wanita berusia 33 tahun itu telah masuk ke dalam kereta Proton Saga bertransmisi manual berkenaan lalu menghidupkan enjin.

Pemandu mabuk: Keluarga mangsa kemalangan cadang ambil tindakan undang-undang
Tindakan undang-undang itu demi keadilan buat anaknya dan sahabat baik anaknya, Muhamad Syaiful Hilmi Rosidi, yang maut selepas motosikal ditunggangi mereka dilanggar kereta berkenaan.