BALING: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyokong langkah kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori yang diumumkan semalam.
Menurutnya, keputusan itu dilihat akan turut membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melengkapkan siasatan terhadap sesuatu kes yang berkaitan.
Beliau turut menegaskan bahawa langkah itu juga tidak akan memberi kesan kepada tugasan PDRM khususnya dalam menjalankan penguatkuasaan melibatkan jenayah-jenayah berat.
"Tidak betul (dakwaan akan ada peningkatan jenayah berat) sebab hukuman mati tetap ada cuma bagaimana cara untuk hakim tentukan itu terpulang kepada kebijaksanaan hakim untuk menentukan, penguatkuasaan masih lagi diteruskan.
"Kita sendiri pun memikirkan bahawa mungkin ada baik kita beri kelonggaran kepada 'death-mandatory' daripada sebab kita nak mengambil satu tindakan, kadang kala bukti itu dia 'on the thin line', (maka yang terbaik) biarlah judge menentukan," katanya.
Hamzah berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis Kenduri Raya Bersatu Baling di Dataran Pejabat Bersatu Baling, di sini pada Sabtu.
BACA: Kerajaan bersetuju hukuman mati mandatori dimansuhkan
BACA: Hukuman mati tidak dimansuhkan, pilihan budi bicara mahkamah - PM
Dalam perkembangan sama, beliau menyatakan langkah pemansuhan berkenaan turut akan memberi ruang kepada pihak hakim dan mahkamah dalam menentukan hukuman atau keputusan terbaik terhadap satu-satu kes.
"Biarlah hakim yang menentukan orang itu harus diberikan hukuman gantung ataupun hukuman seumur hidup daripada (hukuman mati) mandatori sebab kadang-kadang saya nampak hakim agak di kedudukan serba salah kerana kurang pastian sama ada hukum gantung atau seumur hidup.
"(Atas) sebab itu bila ada kelonggaran ini, ia memberi ruang untuk hakim memikirkan tanggungjawab dia, kerana mereka orang yang benar-benar tahu dan mendengar masalah dalam mahkamah, bukti dalam mahkamah, biarlah dia menentukan, sebab itu saya menyokong," katanya lagi.
Pada Jumaat, Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara mahkamah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun 2022.
Kerajaan juga secara prinsipnya menerima dan mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian tersebut.
Abd Hadi Che Awang
Sat Jun 11 2022
![Pemansuhan hukuman mati mandatori tidak beri kesan tugasan PDRM - Hamzah Pemansuhan hukuman mati mandatori tidak beri kesan tugasan PDRM - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654933180_HamzahZainuddin.jpg)
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin bersalaman dengan tetamu ketika menghadiri majlis Kenduri Raya Bersatu Baling, hari ini. -Foto BERNAMA
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Lelaki terlepas hukuman mati, diganti penjara 20 tahun sebabkan kematian isteri Lelaki terlepas hukuman mati, diganti penjara 20 tahun sebabkan kematian isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701341186_JUDGE.jpg)
Lelaki terlepas hukuman mati, diganti penjara 20 tahun sebabkan kematian isteri
Mahkamah mengambil kira segala fakta termasuk hubungan perayu dengan mangsa sebagai suami isteri.
![924 permohonan semakan hukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat dikemuka 924 permohonan semakan hukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat dikemuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622216345_PRISONJAIL.jpg)
924 permohonan semakan hukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat dikemuka
Jumlah itu libatkan 807 semakan hukuman bagi banduan yang dikenakan hukuman mati mandatori dan 117 semakan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat.
![Tiada lagi hukuman mati mandatori di Malaysia mulai hari ini - Ramkarpal Tiada lagi hukuman mati mandatori di Malaysia mulai hari ini - Ramkarpal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679375038_RamkarpalSingh.jpg)
Tiada lagi hukuman mati mandatori di Malaysia mulai hari ini - Ramkarpal
Tiada lagi hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat di Malaysia susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) hari ini.
![SUHAKAM sambut baik keputusan pemansuhan hukuman mati mandatori SUHAKAM sambut baik keputusan pemansuhan hukuman mati mandatori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623677014_suhakam.jpg)
SUHAKAM sambut baik keputusan pemansuhan hukuman mati mandatori
Keputusan berkenaan sejajar usaha advokasi Suruhanjaya dan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan untuk melindungi kebebasan asasi semua rakyat.
![Dewan Rakyat lulus RUU mansuh hukuman mati mandatori Dewan Rakyat lulus RUU mansuh hukuman mati mandatori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680517770_DewanRakyathukuma.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU mansuh hukuman mati mandatori
Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat melalui undian suara pada Isnin.
![Mansuh hukuman mati mandatori beri hakim pilihan lebih luas - Peguam Mansuh hukuman mati mandatori beri hakim pilihan lebih luas - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71680081727_gaveltukulmahkam.jpg)
Mansuh hukuman mati mandatori beri hakim pilihan lebih luas - Peguam
Hukuman mati masih dikekalkan untuk jenayah tertentu, khususnya melibatkan jenayah berat.
![Hukuman mati tidak menjamin pencegahan jenayah - Dobby Chew Hukuman mati tidak menjamin pencegahan jenayah - Dobby Chew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670921167_TBGANTUNGINDON.jpg)
Hukuman mati tidak menjamin pencegahan jenayah - Dobby Chew
Hukuman mati yang dianggap mampu menjadi mekanisme mencegah jenayah-jenayah berat, jelas tidak berkesan untuk mencapai hasrat tersebut.
![Tingkatkan mekanisme pencegahan jenayah di samping kekalkan hukuman mati - Penganalisis Tingkatkan mekanisme pencegahan jenayah di samping kekalkan hukuman mati - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642578563_TBPrison.jpg)
Tingkatkan mekanisme pencegahan jenayah di samping kekalkan hukuman mati - Penganalisis
Usaha pencegahan jenayah oleh kerajaan adalah tidak mencukupi dan seharusnya aspek tersebut perlu menjadi keutamaan pembuat dasar.
![Kerajaan akan pinda tujuh akta berkaitan penggantian hukuman mati mandatori - Azalina Kerajaan akan pinda tujuh akta berkaitan penggantian hukuman mati mandatori - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644672293_azalinaothman.jpg)
Kerajaan akan pinda tujuh akta berkaitan penggantian hukuman mati mandatori - Azalina
Rang Undang-Undang berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori ini dijangka dibentangkan di sidang Parlimen pada Februari 2023
![Penggangur berdepan hukuman mati mandatori edar dadah Penggangur berdepan hukuman mati mandatori edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662106072_TBGAVEL.jpg)
Penggangur berdepan hukuman mati mandatori edar dadah
Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 23,188 gram, pada 11 Nov lepas.