KUALA LUMPUR: Dalam usaha memperluas ekosistem kenderaan elektrik (EV) di negara ini pemasangan lebih banyak stesen pengecas EV adalah satu aspek yang perlu diberikan tumpuan utama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Tengku Zafrul berkata kerajaan menyasar untuk memasang 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025, dan pengecas super charger Tesla akan dapat menyumbang kepada sasaran tersebut.
"Tesla dikehendaki memasang sekurang-kurangnya 50 super charger menjelang tahun 2026, dan 30 peratus daripada super charger ini perlu terbuka untuk jenama EV yang lain.
"Ini bermakna, kesemua pemilik EV akan dapat manfaat. Ini adalah langkah yang baik dalam mempromosikan penggunaan EV secara menyeluruh," katanya menerusi ciapan di laman Twitter beliau, hari ini.
Menurutnya, sebanyak lapan super charger Tesla yang laju dan cekap telah dipasang di pusat membeli belah Pavilion Kuala Lumpur.
"Selain Pavilion, terdapat sembilan lokasi lain di seluruh Malaysia yang turut mempunyai super charger. Di Lembah Klang, terdapat tiga lokasi iaitu di Bukit Jalil, Petaling Jaya, dan Dengkil manakala di luar Lembah Klang, ia terletak di Iskandar Puteri, Perai, Ipoh, dan Negeri Sembilan.
"Dengan 10 lokasi ini, dijangka 95 peratus daripada sasaran Tesla untuk pemasangan 50 super charger akan tercapai, kerana setiap lokasi akan dipasang empat hingga dua belas stesen pengecas," katanya.
Tengku Zafrul juga berkata Tesla telah memberikan komitmen untuk meningkatkan bilangan super charger di seluruh Malaysia melebihi sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan.
"Ini adalah permulaan yang baik, dan diharapkan pengeluar lain akan turut serta untuk menambah bilangan pengecas dan super charger di seluruh negara.
"Menariknya, Tesla juga banyak menggunakan komponen tempatan dalam pembuatan kenderaan mereka.
"Dengan adanya pelaburan ini, pembekal tempatan di Malaysia akan terus berkembang, dan diharapkan lebih banyak peluang pekerjaan akan tercipta untuk rakyat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023

Tengku Zafrul berkata kerajaan menyasar untuk memasang 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025, dan pengecas super charger Tesla akan dapat menyumbang kepada sasaran tersebut. - Gambar Twitter @tzafrul_aziz

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.

Pengeluaran Proton e.MAS 7 ditambah sehingga 6,000 unit, permintaan meningkat
Proton sebelum ini menyasarkan 3,000 unit pengeluaran dalam tempoh enam bulan, namun ia telah melepasi sasaran itu dalam masa kurang sebulan.

Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.

163 pekerja China seperti hamba di tapak kilang BYD Brazil
Para pekerja tersebut telah diupah oleh sebuah syarikat lain di China sebelum dibawa ke Brazil secara tidak sah.

Chery yang pertama terima pengesahan SIRIM untuk bateri kereta elektrik
Dengan persijilan SIRIM, kenderaan elektrik Chery disahkan hadir dengan bateri yang diyakini selamat serta melepasi kualiti tinggi.

Peralihan kenderan rasmi kerajaan kepada EV dilaksana berperingkat - Nik Nazmi
Peralihan kenderaan rasmi kerajaan kepada kenderaan elektrik (EV) akan dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun hadapan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.

Zeekr, jenama EV premium dilancar secara rasmi, harga RM155k - RM360K
MPV mewah 009 dan kenderaan utiliti sukan X memulakan perjalanan Zeekr di negara ini bersama pemegang francaisnya Sentinel Automotive Sdn Bhd.

Negeri Sembilan komited bangunkan petak pengecasan EV
Kerajaan Negeri Sembilan komited untuk membangunkan petak pengecasan kenderaan elektrik (EV) di negeri ini.

1500 unit pengecas EV jenis DC menjelang 2025
Liew berkata, langkah itu dilakukan memandangkan pengecas DC mampu mengecas kenderaan EV dengan pantas.