Pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) penginapan pekerja yang dikeluarkan oleh kerajaan perlu diambil serius agar keselamatan dan kesihatan masyarakat industri dijaga, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim.
Beliau berkata ini kerana penginapan pekerja juga mempunyai hubung kait dengan isu penularan COVID-19.
"Pekerja yang mendiami penginapan yang disediakan oleh pihak syarikat merupakan salah satu kluster yang berisiko dan menyumbang kepada jangkitan wabak bukan sahaja COVID-19 tetapi penyakit lain seperti denggi, leptospirosis, tuberculosis dan lain-lain," katanya ketika lawatan kerja ke Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) di sini pada Khamis.
Lawatan berkenaan adalah bertujuan meninjau pematuhan pengendali lapangan terbang itu terhadap Akta 446 berkaitan penginapan pekerja berkenaan.
Dalam pada itu, Awang berkata beliau berpuashati dengan tahap pematuhan MAHB terhadap Akta 446 itu atau Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 Pindaan 2019 yang berkuat kuasa 1 Sept lepas.
Akta 446 sebelum ini hanya mencakupi aspek perumahan dan penginapan bagi pekerja di sektor perladangan yang melebihi 20 ekar dan perlombongan sahaja, namun diperluaskan melalui pindaan pada 2019 kepada semua sektor pekerjaan yang menyediakan kemudahan perumahan dan penginapan kepada pekerja.
Penguatkuasaan Akta 446 (Pindaan) 2019 itu termasuk peraturan-peraturan baharu bagi mengawal standard perumahan dan kemudahan pekerja bertujuan mencegah penularan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 24 2020

Awang Hashim berkata penginapan pekerja juga mempunyai hubung kait dengan isu penularan COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Isu RM94 juta: Speaker minta Ahli Parlimen Pendang kemuka bukti atau mohon maaf
Speaker Dewan Rakyat meminta Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan penemuan wang tunai sebanyak RM94 juta di kediaman seorang bekas menteri DAP.

Peruntukan pembangkang: Tidak perlu lari, runding dan bincang saja, selesai - PM Anwar
Anwar berkata isu tersebut sudah berulang kali dijawab namun beliau masih diserang, sedangkan kerajaan menurutnya sudah membuka ruang untuk rundingan.

MP Pendang mohon maaf, Speaker tarik balik penggantungan 4 hari
Ahli Parlimen Pendang daripada Perikatan Nasional (PN) Datuk Awang Hashim yang diarah keluar dan digantung empat hari, dibenarkan kembali ke sidang Dewan Rakyat.

Sidang Parlimen: MP Pendang diarah keluar dewan selama 4 hari
Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu digantung selama empat hari susulan kegagalan beliau mematuhi Peraturan Mesyuarat.

Kalau sokongan dua pertiga, kenapa masih 'shopping' wakil rakyat? - Awang Hashim
Usaha membeli wakil rakyat sebegitu tidak harus berlaku di sebalik kenyataan mahu memperjuangkan integriti dan melakukan reformasi pentadbiran dalam negara.

Ahli Parlimen Pendang diarah keluar Dewan Rakyat, kali kedua tahun ini
Timbalan Speaker, Alice Lau Kiong membuat keputusan itu selepas Awang enggan menarik balik perkataan -bohong- yang diungkapkannya ketika berbahas.

Perkeso bayar lebih RM319.4 juta faedah kepada pencarum
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah membuat pembayaran faedah berjumlah lebih RM319.4 juta kepada pencarum yang layak di seluruh negara sejak Januari hingga Julai tahun ini.

Dewan Negara lulus RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022
Ia termasuk cadangan agar suami yang mencarum dapat diberi insentif pelepasan cukai pendapatan dan insentif padanan caruman.

Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022
Awang berkata rang undang-undang itu hanya terpakai bagi suri rumah berumur kurang 55 tahun dan tidak terpakai untuk suri rumah yang mencapai umur 54 tahun serta tidak pernah mencarum dengan SKSSR.

Kerajaan sasar pertingkat 35 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi pada 2030
Bagi merealisasikan sasaran itu, pihaknya akan terus memperkasa TVET dengan menambah baik ekosistem dan meningkatkan kualiti program.