PADANG BESAR:Pembangunan tapak Geopark tidak akan menghalang unsur-unsur pembangunan yang lain, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Namun beliau berkata pembangunan yang dilakukan di tapak Geopark, perlulah selari dengan usaha menjaga warisan yang terdapat di tapak tersebut, kerana ia mempunyai nilai yang sangat tinggi kepada generasi akan datang.
"Geopark ini adalah satu usaha untuk mengekalkan warisan (alam semula jadi) yang ada, di samping ia memberi banyak kebaikan kepada komuniti dan sosio-ekonomi seperti peluang perniagaan, perkembangan sektor pelancongan dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Aspiring Perlis Geopark, di Bukit Jernih dekat sini hari ini.
Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, pihak kementerian dan kerajaan negeri Perlis sedang berusaha mempercepatkan pembangunan Geopark Perlis sebagai Geopark Kebangsaan.
"Setiap Geopark di negara ini mempunyai keistimewan dan nilai yang berbeza antara satu sama lain, jika dilihat di Perlis terdapat batu-batuan yang bernilai tinggi dan usianya melebihi 400 hingga 500 juta tahun.
"Jika dikaji ia mempunyai nilai pendidikan yang sangat berguna kepada kajian geologi dan sebagainya," katanya.
Katanya, di Perlis terdapat 18 tapak Geopark dan sebanyak enam tapak telah dibangunkan.
"Bagi membangunkan 12 lagi tapak Geopark, pihak kementerian telah memperuntukkan RM300,00 dan RM600,00 untuk pembangunan makmal dan kajian pelbagai biologi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 10 2021

Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah melihat aktiviti berkayak di Sungai Jernih ketika mengadakan lawatan kerja ke Aspiring Perlis Geopark di Geotapak Bukit Jernih hari ini. - Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Hampir 30,000 pelawat asing dikenakan Notis Penolakan Masuk telah dihantar pulang
Seramai 29,572 pelawat asing telah dikenakan Notis Penolakan Masuk (NPM) dan berjaya dihantar pulang ke negara asal.

KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen
KDN dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.

JPN dalam fasa akhir muktamad perolehan kad pengenalan generasi baharu
KDN kini dalam fasa akhir memuktamadkan perolehan kad pengenalan struktur baharu bagi menggantikan kad pengenalan sedia ada.

KDN teliti skim perkhidmatan baharu AKPS - Shamsul Anuar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti skim perkhidmatan baharu bagi petugas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sebelum dimuktamadkan dan diluluskan agensi pusat.

Demi keselamatan dan keharmonian negara, Akta Hasutan terus kekal - Shamsul Anuar
Rakyat bagaimanapun masih mempunyai kebebasan bersuara dan mengkritik kerajaan seperti yang termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan

Parlimen: Pantai timur Sabah selamat, terkawal - Shamsul Anuar
Keselamatan di kawasan pantai timur Sabah adalah selamat dan terkawal, walaupun terdapat 14 negara yang masih belum menarik balik nota nasihat perjalanan rakyat mereka.

Parlimen: Bebas anjur perhimpunan aman, namun mesti ikut peraturan - Shamsul Anuar
Kerajaan memberi hak dan kebebasan bersuara di semua peringkat, termasuk menganjurkanperhimpunan aman, namun ia mesti mematuhi peraturan ditetapkan.

Peserta dari 25 negara sertai Rimba Raid Lenggong 2024
Acara melibatkan trek sejauh 300km, melalui hutan berusia 130 juta tahun, jalan balak dan berbatu serta merentas sungai, bukit dan gunung.

Ribuan orang termasuk pemimpin negara Arab, Islam hadiri pengebumian Haniyeh di Doha
Kehadiran ribuan orang sewaktu solat jenazah dan upacara pengebumian Haniyeh jelas menunjukkan nilai penghormatan yang tinggi kepadanya.