NIBONG TEBAL: Projek pembinaan masjid baharu di atas tapak asal Masjid Lama Sungai Bakap yang wujud sejak 1798 di sini dijangka dimulakan pada awal November ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Beliau berkata projek tersebut dijangka mengambil kira-kira dua tahun untuk disiapkan dan kerajaan negeri telah memperuntukkan RM6 juta bagi membiayai sebahagian daripada kos projek berkenaan.
"Pembangunan semula Masjid Lama Sungai Bakap merupakan satu daripada tujuh masjid di negeri ini yang membabitkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang keseluruhannya sebanyak RM18 juta," katanya melalui hantaran Facebooknya hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM7 juta bagi pembangunan Masjid Lama Sungai Bakap ketika melancarkan Pembangunan Masjid Lama Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan pada 16 Julai 2023.
Enam lagi masjid yang terlibat ialah Masjid Papan di Seberang Jaya, Masjid Sungai Lokan dan Masjid Sungai Dua Utama di Butterworth, Masjid Bandar Raya Seberang Perai, Masjid Lama Sungai Kechil di Nibong Tebal serta Masjid Bandar Putra Bertam di Bertam.
Dalam hantaran berasingan, Chow turut berharap projek pembinaan semula Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara di sini siap mengikut jadual pada 2026.
Menurut beliau, perancangan awal berjangka panjang untuk mewujudkan sebuah lagi klinik kesihatan di lokasi lain adalah perlu sekiranya anggaran populasi penduduk dijangka meningkat pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024
![Pembangunan Masjid Lama Sungai Bakap dijangka mula November ini - Chow Pembangunan Masjid Lama Sungai Bakap dijangka mula November ini - Chow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719313042_Projekpembinaanmas.jpg)
Chow berkata projek tersebut dijangka mengambil kira-kira dua tahun untuk disiapkan dan kerajaan negeri telah memperuntukkan RM6 juta bagi membiayai sebahagian daripada kos projek berkenaan. - Foto Facebook/Chow Kon Yeow
Nissan, Honda batal perjanjian penggabungan jenama
Syarikat automotif terkemuka Jepun, Nissan Motor dan Honda Motor mengumumkan untuk tidak meneruskan perbincangan mengenai penggabungan antara kedua-dua syarikat. Dalam sidang media persidangan yang dianjurkan Nissan Motor di Yokohama pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif Nissan berkata, syarikat berkenaan sebulat suara bersetuju bersama Honda untuk menamatkan potensi penggabungan jenama berkenaan termasuk, rundingan-rundingan yang telah dibincangkan.
Jenayah: Warga emas 86 tahun mengaku salah tembak remaja 16 tahun
Yarl, yang terselamat walaupun ditembak sebanyak dua kali, memaklumkan dia menekan loceng pintu rumah Lester kerana menyangkakan rumah itu adalah rumah pengasuh adiknya.
PM Thailand pengerusikan mesyuarat keselamatan tergempar krisis Myawaddy
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Jumaat mempengerusikan mesyuarat tergempar dengan ketua-ketua agensi keselamatan untuk menilai keadaan di perbandaran Myawaddy, hab utama yang dikenal pasti untuk rangkaian pemerdagangan manusia di Myanmar.
14 Negeri Amerika Syarikat saman Trump dan Elon Musk
Empat belas negeri di Amerika Syarikat telah memfailkan saman persekutuan terhadap Presiden Donald Trump dan Elon Musk, jutawan ketua Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), atas dakwaan memiliki kuasa tanpa had dan tidak terkawal yang melanggar perlembagaan
Hamas umum nama tiga tebusan Israel yang akan dibebas Sabtu
Kumpulan pejuang Palestin, Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu.
Duta Malaysia ke Amerika Syarikat perlu teguh mendepani cabaran
Duta Malaysia yang bakal dilantik ke Amerika Syarikat (AS) perlu memiliki kecekapan dan sentiasa bersedia berdepan sebarang cabaran.
Reformasi industri padi, beras agenda kerajaan tahun ini
Fokus utama kementerian pertanian dan keterjaminan makanan (KPKM) pada tahun ini adalah reformasi industri padi dan beras negara dengan mengutamakan pendekatan yang lebih lestari, berdaya saing dan mesra alam.
KDNK: Peningkatan pelaburan antara faktor penyumbang - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, MITI akan meneruskan usahanya untuk menarik lebih banyak pelaburan, meningkatkan perdagangan, dan membangunkan industri tempatan.
Kabinet berpendapat ada keperluan pinda Akta Pemberi Maklumat
Kabinet berpendapat ada keperluan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi mengatasi beberapa isu percanggahan dengan akta lain selain memperkukuh perlindungan kepada pemberi maklumat.
Dua individu termasuk CEO syarikat ditahan SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua lagi individu disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
![Klinik kesihatan jenis tiga di Serian siap Jun 2022 - Menteri Kesihatan Klinik kesihatan jenis tiga di Serian siap Jun 2022 - Menteri Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/71596526234_AdhamBaba.jpg)
Klinik kesihatan jenis tiga di Serian siap Jun 2022 - Menteri Kesihatan
Pembinaan Klinik kesihatan (KK) jenis tiga di Serian, dijangka siap pada 9 Jun 2022.