KUANTAN: Seorang pembantu penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas empat pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,200 sejak enam tahun lalu.
Tertuduh, Solehuddin Isa, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.
Bapa kepada enam anak itu yang bertugas sebagai Pembantu Penguasa Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa menerima sejumlah wang bernilai antara RM300 hingga RM2,000 daripada seorang individu.
Wang tersebut didakwa diterima sebagai dorongan untuk tidak memeriksa lori-lori milik sebuah syarikat yang membawa keluar barang dari Kargo KLIA.
Solehuddin didakwa melakukan keempat pertuduhan itu di sebuah bank di Temerloh antara 31 Julai 2018 hingga 11 September 2022.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib yang memohon agar tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Beliau juga meminta agar mahkamah membenarkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di Pejabat SPRM Putrajaya setiap sebulan sekali dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Bagaimanapun peguam Mohd Nazri Yahya dan Mohd Faiz Omar mewakili tertuduh memohon agar wang jaminan dikurangkan atas alasan sudah berumahtangga memiliki enam cahaya mata berusia 10 tahun hingga tiga bulan.
Selain itu, Mohd Nazri mencadangkan ajar mahkamah membenarkan ikat jamin RM3,000 untuk kesemua pertuduhan.
Mahkamah kemudian membenarkan Solehuddin dijamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM Putrajaya.
Tertuduh juga diarahkan supaya tidak mengacau ganggu saksi sehingga perbicaraan selesai.
Mahkamah menetapkan 19 Julai depan sebagai tarikh penyerahan dokumen dan urusan kes. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 05 2024

Solehuddin (dua, kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini. - Foto Sinar Harian

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas, negara rugi RM8 juta dalam bentuk kutipan cukai
14 individu termasuk enam pegawai kastam ditahan kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut.

Kastam gagalkan 135 cubaan seludup dadah melalui mod udara tahun ini
Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 22 peratus atau 24 kes berbanding 111 kes yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.

Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.

Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup keluar 111,391 liter petrol ke negara jiran
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Siti Mang berkata kapal kargo berkenaan ditahan di perairan Sandakan pada kira-kira 7.48 malam.

Warga asing didenda seludup minuman beralkohol di Brunei
Pegawai kastam Brunei telah menahan sebuah kenderaan untuk pemeriksaan pada Rabu dan menemukan 192 tin minuman beralkohol.

JAS pertingkat kerjasama dengan agensi terlibat banteras operasi e-waste
Tindakan berterusan akan dilaksanakan bersama agensi terlibat untuk membanteras kemasukan haram e-waste di pelabuhan negara.

Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis
ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.

Shenzen terima kumpulan pertama durian segar Malaysia
Bandar Shenzhen di selatan China menerima kumpulan pertama durian segar Malaysia apabila sebuah pesawat kargo yang membawa muatan seberat 27 tan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bao'an.

Srettha bertemu Anwar di wilayah selatan bincang keselamatan sempadan
Srettha akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di wilayah selatan untuk membincangkan isu keselamatan sempadan dan dwikewarganegaraan.