KANGAR: Jabatan Pertanian Perlis menasihati pembeli supaya memastikan ketulenan mangga harum manis sebelum membuat pembelian pada musim pengeluaran mangga itu yang kini telah pun bermula, supaya tidak tertipu.
Jabatan Pertanian Perlis dalam satu kenyataan memaklumkan pembeli boleh mendapatkan maklumat ketulenan harum manis itu antaranya melalui platform Facebook atau laman web jabatan berkenaan.
"Pada musim ini, seluruh rakyat Malaysia berpeluang menikmati kelazatan mangga harum manis Perlis dengan memilih pembelian secara dalam talian atau secara terus dari ladang harum manis yang diiktiraf Jabatan Pertanian.
"Pelanggan boleh membuat pembelian secara dalam talian jualan terus melalui platform Agro Bazaar Online, Sama-sama Local Maybank (Aplikasi MAE), Facebook Jabatan Pertanian Negeri Perlis atau melalui pengedar sah di pusat jualan," menurut kenyataan itu bersempena dengan pelancaran Festival Mangga Harumanis Perlis yang disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di sini malam tadi.
Kenyataan itu memberitahu festival harum manis anjuran Jabatan Pertanian Perlis itu bertujuan mempromosikan musim pengeluaran mangga itu tahun ini, sekali gus jualan harum manis telah pun bermula secara rasminya hingga hujung Jun nanti.
Sementara itu, kenyataan itu memaklumkan pengeluaran harum manis Perlis pada tahun ini dianggarkan sebanyak 1,779.21 tan metrik dengan anggaran nilai jualan berjumlah RM44.48 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan bergambar selepas merasmikan Festival Mangga Harumanis Perlis Tahun 2024 semalam. - Foto Bernama
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Pembeli dinasihat pastikan ketulenan harum manis elak tertipu
Jabatan Pertanian Perlis menasihati pembeli supaya memastikan ketulenan mangga harum manis sebelum membuat pembelian pada musim pengeluaran mangga itu yang kini telah pun bermula, supaya tidak tertipu