KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembersihan tumpahan bahan api marin (MFO) di perairan Pengerang, Johor yang bermula pagi semalam dijadual selesai sepenuhnya Sabtu depan.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata fasa satu kerja-kerja pembersihan dilakukan kontraktor dilantik di kawasan terjejas melibatkan pengumpulan sisa sampah berminyak yang kini sudah mencapai 95 peratus.
Beliau berkata fasa kedua pembersihan melibatkan penyemburan kawasan berbatu dan pembersihan batu kerikil pula sudah 20 peratus selesai.
"Kerja-kerja pembersihan lain seperti pengumpulan tarball di permukaan pantai dan pengepungan air berminyak menggunakan absorbent boom untuk mengelakkan mengalir ke arah laut juga giat dilakukan.
"Ia melibatkan kawasan pantai Sungai Rengit iaitu di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Rengit dan Jeti Nelayan Sungai Rengit," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Alam Kita (Setiawangsa) di Taman Tasik Titiwangsa di sini hari ini.
Nik Nazmi berkata penemuan minyak juga dilapor dikesan di kawasan Pulau Cik Kamat dan kontraktor akan dihantar untuk melakukan pembersihan selepas penilaian keadaan di kawasan itu selesai.
Beliau berkata sehingga hari ini status lokasi lain antaranya kawasan berbatu di belakang Balai Polis Sungai Rengit masih belum dibersihkan manakala pemantauan terus dilakukan di Pantai Teluk Ramunia berhampiran kawasan masjid di situ.
"APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) telah menggerakkan aset untuk memantau perairan Pengerang hingga ke Abu Bakar Maritime Base dan setakat ini tiada tompokan minyak dikesan di kawasan terbabit," katanya.
Mengulas mengenai desakan sesetengah pihak supaya kerajaan menuntut ganti rugi kepada pihak terlibat sehingga berlakunya insiden tumpahan minyak itu, Nik Nazmi berkata kerajaan akan memperhalus tuntutan berkenaan menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada.
Media sebelum ini melaporkan pada 14 Jun lepas, sebuah kapal Vox Maxima dari Belanda melanggar kapal tangki minyak Marine Honor dari Singapura yang menyebabkan kira-kira 400 tan tumpahan minyak di perairan sekitar pantai Singapura dan merebak ke perairan negara.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai penemuan 40 beg jumbo yang disyaki mengandungi bahan buangan terjadual di sebuah kawasan lapang dekat Kulim, Kedah semalam, Nik Nazmi berkata Jabatan Alam Sekitar masih melakukan siasatan dan mendapatkan maklumat lanjut bagi melengkapkan kertas siasatan.
"Kementerian juga telah mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya pemasangan CCTV (kamera litar tertutup) dibuat Pihak Berkuasa Tempatan di hotspots kawasan pembuangan serta lokasi-lokasi strategik bagi menangani masalah sama daripada berulang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024

Nik Nazmi berkata fasa satu kerja-kerja pembersihan dilakukan kontraktor dilantik di kawasan terjejas melibatkan pengumpulan sisa sampah berminyak yang kini sudah mencapai 95 peratus. -Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu, Cuaca Kering diadakan 5 Mac ini
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering yang turut disertai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 5 Mac ini.

44 kilang e-waste haram diambil tindakan setakat hujung tahun lepas - Nik Nazmi
Jabatan Alam Sekitar telah mengambil tindakan terhadap 44 kilang memproses buangan elektronik (e-waste) haram sehingga 31 Dis lepas.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berhasrat membangunkan kebun komuniti di tanah Persekutuan di bawah kendalian Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.

Kerajaan teliti perkenal perundangan nasional atasi pencemaran plastik dalam RMK-13
Kerajaan sedang melihat bentuk perundangan di peringkat nasional, yang akan diperkenalkan bagi mengatasi masalah pencemaran sisa plastik dalam RMK13.

Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.

Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan hari ini
Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Akta A1667) berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hari ini.

Malaysia tekan kepentingan kerangka industri mineral di FMF25 - Nik Nazmi
Malaysia menekankan kepentingan kerangka industri mineral yang lestari dan keperluan untuk dunia menangani ketegangan geopolitik pada "Future Minerals Forum 2025" nanti.

Miskin tegar: 14,041 KIR dikeluarkan daripada kategori itu - Nik Nazmi
Seramai 14,041 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dikeluarkan daripada kategori miskin tegar menerusi dua fasa tahun lepas.

Proses penggantian lif di PA Desa Rejang telah bermula - DBKL
DBKL menerusi kenyataan memaklumkan proses penggantian lif di PA Desa Rejang telah bermula secara berperingkat oleh kontraktor yang dilantik.