SUNGAI SIPUT: Kerja-kerja pembersihan kawasan tanah runtuh di Seksyen 27, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dijangka siap minggu ini.
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, selepas itu Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membuat penilaian sama ada laluan itu boleh dibuka semula kepada lalu lintas.
"Dijangkakan dalam tiga hingga empat hari lagi, pihak syarikat konsesi dapat membersihkan jalan tersebut.
"... dan ada kemungkinan jalan itu dapat digunakan mungkin dalam satu lorong dulu kerana kita memerlukan pembinaan konkrit kawasan tanah runtuh tu yang agak tinggi dan membahayakan," katanya.
Beliau ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan wakil penduduk serta pihak berkuasa mengenai banjir kilat di Taman Muhibbah Jaya, Sungai Siput, pada Selasa.
Dalam kejadian tanah runtuh kira-kira jam 1.44 tengah hari Khamis lalu, dua lelaki terkorban apabila kenderaan mereka tertimbus tanah runtuh ketika melalui jalan berkenaan.
Mangsa ialah pemandu lori sayur, Muhammad Hafiz Hamdi, 31, dan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan tanah runtuh itu ditamatkan pada petang Jumaat selepas pihak berkuasa yakin tiada lagi mangsa yang terbabit.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Dec 07 2021
![Pembersihan tanah runtuh Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands siap minggu ini Pembersihan tanah runtuh Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands siap minggu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638879088_TBTanahRuntuh.jpg)
JKR akan membuat penilaian sama ada laluan itu boleh dibuka semula kepada lalu lintas selepas kerja pembersihan selesai. - Gambar/ Bernama
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739231486_BretBaier.jpg)
Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump
"Saya akan memilikinya (Gaza). Anggap ini sebagai pembangunan hartanah untuk masa depan. Ia akan menjadi sebidang tanah yang indah. Tidak memerlukan perbelanjaan besar."
Negara-negara Arab tolak cadangan Trump untuk Gaza
Mesir menegaskan bahawa negara-negara Arab menyokong Palestin dalam menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan mengambil alih kawalan wilayah itu.
Trump cadang halang rakyat Palestin kembali ke Gaza
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mencadangkan bahawa rakyat Palestin tidak akan diberi hak untuk kembali ke Semenanjung Gaza di bawah pelan pembangunan semula kawasan tersebut.
![Tanah runtuh Simpang Pulai: SAR diteruskan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan Tanah runtuh Simpang Pulai: SAR diteruskan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51638517032_AnggotaPasukanKhas.jpg)
Tanah runtuh Simpang Pulai: SAR diteruskan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan runtuhan tanah di Seksyen 27, Simpang Pulai - Cameron Highlands diteruskan dengan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9).
![Tanah runtuh Simpang Pulai: Mayat pemandu lori ditemui, korban lebih daripada seorang Tanah runtuh Simpang Pulai: Mayat pemandu lori ditemui, korban lebih daripada seorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71638455697_tanahruntuh.jpg)
Tanah runtuh Simpang Pulai: Mayat pemandu lori ditemui, korban lebih daripada seorang
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata mayat pemandu lori, Muhammad Hafiz Hamdi, 31 ditemui jam 8 malam tadi.