KUALA LUMPUR: Mitra Kembara Sdn Bhd bersama GrabFin Malaysia memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menawarkan Umrah Financing bagi memudahkan rakan pemandu Grab beragama Islam menunaikan ibadah itu di Tanah Suci.
Pelancaran awal pembiayaan berkenaan bermula Rabu bagi tempoh perjalanan mulai Ogos dan November depan.
Pengarah Urusan Kumpulan Mitra Kembara Fazil Khan Abdul Kadir dalam kenyataan berkata perkongsian strategik itu sejajar dengan misi syarikat berkenaan untuk menyediakan pakej mampu milik ke Tanah Suci kepada jemaah umrah.
"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Grab Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan ini agar rakan pemandu mereka dapat menunaikan kewajiban agama dengan pakej kos berpatutan," katanya.
Mitra Kembara menawarkan pakej 12 hari 10 malam kepada rakan pemandu Grab merangkumi penginapan, hidangan lengkap, tiket penerbangan ekonomi dan visa umrah.
Dalam pada itu Ketua GrabFin Malaysia (Pembiayaan) Henry Ho berkata ini merupakan sebahagian daripada usaha membantu rakyat memenuhi keperluan masa kini dan mewujudkan impak berkekalan bagi mereka yang maju dan berkembang bersama Grab.
Sedania Innovator Bhd juga menawarkan elaun RM300 kepada kumpulan pertama rakan pemandu Grab yang memohon Umrah Financing itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024

Mitra Kembara menawarkan pakej 12 hari 10 malam kepada rakan pemandu Grab merangkumi penginapan, hidangan lengkap, tiket penerbangan ekonomi dan visa umrah. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

MOTAC batal lesen Al Quds Umrah & Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen Syarikat Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd berkuat kuasa 24 Januari lalu.

Tipu umrah: Polis terima 31 laporan termasuk daripada MOTAC
Polis menerima 31 laporan berkaitan kes penipuan umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta setakat hari ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Syarikat pengendali umrah, pengarah didenda RM18,000
Sebuah syarikat pengendali pakej umrah dan pengarahnya didenda RM18,000 di Mahkamah Majistret hari ini.

Bekas ejen agensi pelancongan dituduh tawar pakej umrah tanpa lesen sah
Seorang bekas ejen agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan pakej umrah tanpa lesen sah, dua tahun lepas.

Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.

Pembiayaan pakej umrah bagi rakan pemandu Grab diperkenal
Pelancaran awal pembiayaan berkenaan bermula hari ini bagi tempoh perjalanan mulai Ogos dan November depan.

Lagi syarikat pengendali pakej umrah, pengarah didakwa gagal patuhi perintah award TTPM
Sebuah syarikat pengendali pakej umrah dan seorang pengarahnya didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Syarikat pengendali umrah, dua pengarah didakwa gagal patuh award TTPM
Emraz Travel & Tours Sdn Bhd diwakili dua pengarah berkenaan yang merupakan pasangan suami isteri iaitu Datuk Zulkarnain Endut, 43, dan Datin Mazuin Mustafa, 43.

Pemilik syarikat mengaku tidak bersalah tipu urusan umrah
Muzzamil Soliheen Musa, 47, didakwa menipu seorang lelaki berusia 53 tahun hingga mendorong mangsa menyerahkan wang sejumlah RM115,030.

Kes tipu pakej umrah: 2 pengarah Emraz tak hadir mahkamah, cuti sakit
Emraz Travel & Tours Sdn Bhd, Zulkarnain dan Mazuin, berdepan 51 pertuduhan berkaitan kes penipuan pakej umrah sebanyak RM503,221.