Cadangan pembinaan jambatan menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah yang sudah lama diperkatakan, perlu diberikan perhatian serius kerana manfaat ekonomi yang bakal diterima pulau ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
"Kami berbincang panjang pagi ini dan saya melawat tapak yang dicadangkan untuk memahami potensi kewujudan jambatan itu.
Bagaimanapun, sebagaimana saya nyatakan sebelum ini, kami tidak perlu bercakap banyak mengenai semua perkara ini dan kemudian anda mungkin tidak boleh menyampaikannya.
"Namun, kami menerima kenyataan bahawa pembinaan jambatan itu adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian serius," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat pelantikan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), di Wisma Perbadanan Labuan, di sini, pada Ahad.
Annuar sedang dalam lawatan selama tiga hari buat julung kalinya ke Labuan sejak pelantikan beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan Mac tahun ini.
Beliau berkata mungkin timbul isu seperti kos dan teknikal yang perlu diselesaikan menerusi kerjasama rapat antara antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan.
Annuar berkata kesemua aspek ini perlu dikaji sepenuhnya sebelum projek itu dapat dimulakan.
Beliau juga menekankan keperluan menilai dan melakukan kajian mendalam pelan pembangunan Labuan supaya selari dengan statusnya sebagai sebuah wilayah persekutuan.
"Saya mahu melihat pelan pembangunan Labuan dalam konteks yang lebih besar ... termasuk aspirasi awal kerajaan menjadikan Labuan sebagai sebuah wilayah persekutuan, " katanya.
Sementara itu mengenai jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan yang kosong, beliau berkata ia akan diisi tidak lama lagi.
"Jawatan pengerusi tidak ditamatkan tetapi semua pelantikan politik oleh Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini gugur secara automatik selepas Perikatan Nasional membentuk kerajaan," katanya.
Jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan sebelum ini disandang oleh Datuk Seri Amir Hussien daripada Parti Amanah Negara.
"Pelantikan Pengerusi Perbadanan Labuan yang baharu, dari Labuan sudah dimaklumkan kepada perdana menteri, dan beliau akan menentukannya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 07 2020
Annuar menyerahkan watikah pelantikan Pengerusi Zon bagi MPPWP Labuan yang baharu kepada Mohd Dzulfaizal Manan (dua, kiri). -BERNAMA
Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis
Masalah dengan kekasih dipercayai punca seorang pelancong asing terjatuh dari tingkat tujuh sebuah bangunan pusat membeli-belah di Persiaran Gurney, di sini, semalam.
Kilang peluru pertama Malaysia bangunkan ekonomi, wujudkan peluang pekerjaan - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah kilang peluru automasi tinggi pertama negara, yang akan beroperasi sepenuhnya bulan depan, dapat membangunkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Mangsa banjir di PPS Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak setakat jam dua petang tadi menurun kepada 5,294 orang berbanding 5,384 pagi tadi.
Ketidakstabilan politik jejas pembangunan Sabah - Joachim
Timbalan Ketua Menteri II Sabah Datuk Seri Joachim Gunsalam mengakui tidak seperti Sarawak, situasi politik negeri itu yang tidak stabil merencatkan pelan pembangunan dan kenajuan Sabah.
Enam klinik kesihatan di Sarawak laksana projek CCMS tahun ini
Pada tahun ini, 100 klinik kesihatan bakal melaksanakan projek CCMS ini dan enam di antaranya akan dilaksanakan di Sarawak yang memfokuskan kawasan luar bandar.
Jangan ganggu! hubungi pihak berkuasa jika ternampak buaya
Perrbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati sekiranya ternampak kehadiran buaya terutama di musim banjir, sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa.
Peruntukan tambahan RM7.8 juta tangani isu kulat di Hospital Sibu
Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan tambahan RM7.8 juta bagi menangani isu kulat yang menjejaskan premis dan peralatan kesihatan di Hospital Sibu
PGA tumpaskan sindiket seludup barang kawalan
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan barang kawalan di daerah Tawau dalam satu serbuan di sebuah rumah atas air di Jalan Tawau Lama, di sini pada Rabu.
Pastikan peruntukan mencukupi hadapi bencana - Shafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap kerajaan dapat menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi menghadapi bencana kerana ia boleh berlaku di mana sahaja pada bila-bila masa.
Tanah Runtuh: 16 lokasi kritikal di Belaga diperiksa
Sebanyak 16 lokasi tanah runtuh dikenal pasti di sepanjang Jalan Menjawah Belaga, dengan beberapa kawasan berada dalam keadaan kritikal dan memerlukan tindakan segera.
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.