KUALA LUMPUR: Projek Lebuh Raya Pan Borneo, satu daripada projek utama di bawah Kementerian Kerja Raya, menunjukkan kemajuan positif apabila masing-masing mencapai kemajuan 60 peratus di Sarawak dan 45 peratus di Sabah.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata bagi projek Pan Borneo Sarawak, keseluruhan 11 pakej kerja dari Telok Melano ke Miri masih giat dilaksanakan, melibatkan kos pembinaan sebanyak RM16.117 bilion.
"Susulan penamatan Rakan Pelaksana Projek (PDP) pada 20 Feb 2020, pelaksanaan projek diteruskan menggunakan kaedah konvensional dengan pihak JKR Sarawak sebagai Superitending Officer (pegawai penguasa)," katanya ketika membentangkan pencapaian kementeriannya bagi 2020 di sini.
Bagi projek di Sabah, Fadillah berkata sebanyak 11 daripada keseluruhan 35 pakej kerja sedang giat dilaksanakan dengan status 45 peratus siap, manakala lima pakej kerja sedang di peringkat perancangan dan perolehan dan dijangka mula pembinaan pada tahun ini.
Kos pembinaan bagi 15 dari 35 pakej kerja melibatkan RM7.075 bilion.
Fadillah berkata kementeriannya akan mempercepatkan penyiapan projek Lebuhraya Pan Borneo dengan cadangan melantik Perunding Pengurusan Projek bagi membantu Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan Sarawak melaksanakan projek berkenaan.
Bagaimanapun, beliau berkata pelantikan ini masih lagi dalam peringkat rundingan dan perlu menunggu keputusan muktamad Kementerian Kewangan.
"Oleh kerana JKR Sabah dan Sarawak mempunyai banyak projek besar sekarang ini, khususnya di Sarawak. Saya tidak fikir JKR Sarawak dapat menguruskan projek-projek tersebut sendirian.
"Syarikat pengurusan projek akan mengambil kembali mereka yang diberhentikan oleh PDP sebelum ini, dengan memberi keutamaan kepada mereka dari segi pekerjaan bagi pengalaman dan pengetahuan mereka dalam projek yang mereka laksanakan sebelum ini," katanya.
Bernama
Thu Mar 04 2021

Jelas Fadillah kementeriannya akan mempercepatkan penyiapan projek Lebuhraya Pan Borneo dengan cadangan melantik Perunding Pengurusan Projek bagi membantu Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan Sarawak. - Foto Astro AWANI

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

PETRA, Suruhanjaya Tenaga muktamad cadangan jadual tarif baharu elektrik - Fadillah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang memuktamadkan cadangan jadual tarif baharu elektrik yang akan dilaksanakan bermula pada 1 Julai ini.

DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia, tarik pelabur global - Fadillah
Fadillah menekankan bahawa walaupun teknologi merupakan pemacu kemajuan, modal adalah pendorong yang menggerakkannya ke hadapan.

Projek berkepentingan rakyat perlu disegerakan - PM
Semua projek berkepentingan rakyat termasuk membasmi kemiskinan tegar dan tebatan banjir perlu disegerakan.

Penetapan tarif elektrik baharu di Semenanjung akan pertimbang kebajikan rakyat - Fadillah
Penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia termasuk jadual tarif baharu akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan.

Daftar nama untuk mudahkan mangsa banjir terima bantuan - TPM Fadillah
Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara terdekat untuk mendaftar nama bagi membolehkan mereka menerima bantuan.

MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion

Raikan Tahun Baharu Cina dengan semangat perpaduan, kegembiraan dan kasih sayang – TPM
Budaya dan tradisi dikongsi dalam kalangan rakyat bukan sahaja menjadi kekuatan, tetapi lambang kebanggaan bahawa Malaysia sebuah negara yang harmoni.