KUALA LUMPUR: Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) bernilai RM284 juta yang terletak di kawasan perindustrian Enstek, Negeri Sembilan, mengambil masa tiga tahun sembilan bulan.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusoff berkata NCDC yang antaranya bertujuan mengintegrasi dan memperkukuh aktiviti kawalan serta pencegahan penyakit di negara ini, dijangka siap pada penghujung 2025.
"Projek secara reka dan bina ini melibatkan pembinaan Pusat Eksekutif, Pusat Tindakan Bencana, Wabak, Krisis dan Kecemasan (DOCE), Makmal Rujukan Kesihatan Awam (PHRL) dan Jabatan Sokongan," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Surat Setuju Terima Tender (SST) di kementeriannya, di sini hari ini.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hadir menerima SST bagi projek NCDC itu.
Khairy kemudian menyerahkan SST berkenaan kepada wakil syarikat Nepturis Sdn Bhd dan Permata Rebana Sdn Bhd JV, iaitu syarikat kontraktor yang akan membina kemudahan itu.
FADILLAH-NCDC 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Khairy dalam ucapannya berkata NCDC bukan sekadar pusat rujukan penyakit tetapi juga sebagai kemudahan mempersiapkan negara dalam menghadapi pandemik pada masa akan datang.
"Setelah kita dilanda COVID-19, usaha menyediakan negara bagi penyakit akan datang sangat perlu," katanya.
Sementara itu, empat lagi SST yang diserahkan kepada kontraktor hari ini ialah projek menaik taraf Jalan Muar - Tangkak - Segamat di Johor; projek membina jalan penghubung antara Kampung Guntur ke Langkap, Kuala Pilah, Negeri Sembilan; projek pembinaan tapak simulasi bencana bagi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Markas SMART, Pulau Meranti, Selangor; dan projek pembinaan sekolah baharu 24 bilik darjah dan lain-lain kemudahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Gong Nangka, Marang, Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 21 2021

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusoff berkata NCDC yang antaranya bertujuan mengintegrasi dan memperkukuh aktiviti kawalan serta pencegahan penyakit di negara ini, dijangka siap pada penghujung 2025. - Foto BERNAMA

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pusat Kawalan Penyakit Negara dijangka siap sepenuhnya 2026
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) kini mencapai 45 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.

Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara ambil masa lebih tiga tahun - Fadillah
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) bernilai RM284 juta yang terletak di kawasan perindustrian Enstek, Negeri Sembilan, mengambil masa tiga tahun sembilan bulan.