LUMUT: Projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) dijangka dapat disambung semula tiga bulan selepas kontrak tambahan keenam projek itu dimuktamadkan, kata Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob.
Beliau berkata kontrak yang sedang disediakan Kementerian Pertahanan itu akan melibatkan beberapa pindaan termasuk tempoh masa dan kos.
"Seperti sedia maklum mesyuarat jemaah menteri pada 19 April lalu membuat keputusan bersetuju meneruskan projek LCS, ia satu keputusan penting bagi meneruskan proses selanjutnya.
"Jika perjanjian (kontrak) itu dimuktamadkan, kita berharap projek LCS dapat dimulakan semula secepat mungkin," katanya pada sidang media selepas merasmikan Istiadat Perbarisan Hari Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini.
Terdahulu Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata projek LCS tetap akan diteruskan dan kapal pertama dijangka beroperasi pada 2026.
Sebelum ini pembinaan kapal LCS terpalit kontroversi apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mendedahkan tiada sebuah pun kapal tersebut disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6.083 bilion kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.
Sementara itu, Abdul Rahman kontrak tambahan tersebut dijangka dimuktamadkan dan ditandatangani pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Langkawi yang dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei depan.
Mengenai projek Kapal Misi Pesisir (LMS) pula, beliau berkata keutamaan kini diberikan kepada rancangan perolehan aset bagi menggantikan kapal TLDM yang telah usang.
"Fokus utama pada masa ini adalah perolehan LMS Batch 2 seperti yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2023.
"Aset yang kita terima daripada kumpulan pertama tidak menepati piawaian, kita jangkakan yang kedua mempunyai keupayaan tempur yang lebih baik, kita harap proses perolehan dapat dimuktamadkan segera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2023

Abdul Rahman (kanan) menyampaikan Anugerah Bintara Terbaik TLDM kepada Bintara Muda PAP (PKL) Abdul Rahman Abu Hassan (kiri) pada acara perbarisan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-89 di Pangkalan TLDM Lumut hari ini. -fotoBERNAMA

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Malaysia hantar dua kapal TLDM ke Bali, perkukuh kerjasama maritim bersama 39 negara
Malaysia mengerahkan dua kapal TLDM ke Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo (MNEK) 2025 di Bali untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

TLDM laksana 615 operasi, pastikan semua aset berada di KOM sepanjang 2024
TLDM melaksanakan 615 siri operasi melibatkan enam operasi secara berterusan dan tiga operasi berkala selain memastikan aset pasukan itu berada di KOM sepanjang 2024.

Bom UXO tinggalan Perang Dunia Kedua di Semporna dimusnahkan
Bom itu berjaya dimusnahkan oleh pasukan penyelam ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 3.10 petang Sabtu.

645 perajurit muda TLDM tamat Kursus Asas Tentera Laut
Sebanyak 645 perajurit muda TLDM berjaya menamatkan Kursus Asas Tentera Laut (KATL) di Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM, Kapal Diraja (KD) Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, di sini hari ini.

Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.

KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak dalam keadaan terbaik dan berupaya beroperasi dengan berkesan, kata Menteri Pertahanan.

Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.

Kesilapan pandu arah, kapal usang punca KD Pendekar karam
Ia berdasarkan rekod laluan kapal tersebut yang tersasar dari laluan yang dirancang dan terlanggar Terumbu Punggai.

'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
Jumlah aset ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Op Naga: 598 vesel nelayan asing ditahan
Sebanyak 598 tangkapan Vesel Nelayan Asing (VNA) dilaksanakan sepanjang lima tahun pelaksanaan OP NAGA bermula Mei 2019 hingga September 2024.