KOTA BHARU: Seorang pemborong hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 116 pertuduhan gagal mengemukakan maklumat berkaitan dokumen pembelian diesel bernilai lebih RM10 juta untuk tujuan eksport dan tidak menyelenggara buku stok bahan bakar itu.
Mohd Fared Ramli, 36, pemilik perniagaan Wau Beremas Enterprise, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Jalan Sultan Omar, Kampung Chepa, Kubang Kerian di sini pada 12.30 tengah hari 18 Dis 2022.
Bagi pertuduhan pertama hingga ke-58, tertuduh yang juga pemegang lesen borong diesel didakwa gagal mengemukakan dokumen dan maklumat yang dikehendaki oleh Penolong Pengawal Bekalan mengikut Seksyen 8(1)(a) Akta Kawalan Bekalan 1961.
Bagi pertuduhan ke-59 hingga ke-116, Mohd Fared didakwa gagal menyelenggara buku stok diesel yang tidak mengandungi maklumat mengenai tarikh, harga, nama dan alamat penjual atau pembeli bagi penjualan bahan bakar itu untuk tujuan eksport.
Dia didakwa mengikut Peraturan 13(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 Akta yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM1 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Mohd Sophian Zakaria dan Suhana Mohd manakala tertuduh diwakili oleh peguam Datuk Sukri Mohamed.
Terdahulu, Mohd Sophian menawarkan jaminan sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin kepada Mohd Fared bagi semua kesalahan.
Beliau turut memohon mahkamah mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh melapor diri ke ibu pejabat KPDN Putrajaya setiap bulan dan menyerahkan pasportnya atas alasan kes ini melibatkan kepentingan awam.
Sukri pula memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya tiada masalah dan bersetuju dengan syarat tambahan yang dimohon oleh pihak pendakwaan.
Hakim Zulkifli Abllah kemudian membenarkan Mohd Fared diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan beserta syarat tambahan seperti dimohon oleh pendakwaan dan menetapkan 23 Julai ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024

Mohd Fared didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Jalan Sultan Omar, Kampung Chepa, Kubang Kerian pada 12.30 tengah hari 18 Dis 2022. - Gambar Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pemborong diesel berdepan 116 pertuduhan tidak kemuka dokumen pembelian lebih RM10 juta
Seorang pemborong hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 116 pertuduhan gagal mengemukakan maklumat berkaitan dokumen pembelian diesel bernilai lebih RM10 juta.

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini
Pada 9.19 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.2370/2400 berbanding dolar AS daripada 4.2380/2420 ketika ditutup pada petang urus niaga Rabu.

Etihad Airways lancar pesawat cekap bahan bakar
Syarikat penerbangan terkemuka Etihad Airways melancarkan pesawat cekap bahan bakar.

Malaysia tangguh penggunaan bahan bakar RON95-Euro 4M
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Malaysia sepatutnya mengguna pakai petrol RON95-Euro 4M pada Disember tahun lepas.

Saintis Sweden cipta bahan bakar daripada sisa pokok
Saintis kejuruteraan kimia dari Lund University Christian Hulteberg, menggunakan bahan kimia yang terhasil daripada sisa habuk kayu atau pulpa.

Harga minyak: Ambil kira kepentingan pembeli, penjual - Tun Mahathir
Perdana Menteri menjelaskan penetapan harga runcit petroleum yang akan diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu, akan mengambil kira kepentingan pembeli serta penjual.

Empat minggu berturut-turut, harga petrol, diesel kekal
Harga runcit mingguan bagi petrol RON95, RON97 dan diesel untuk minggu ini kekal, menjadikan harganya tidak berubah untuk empat minggu berturut-turut.

Kerajaan bincang naikkan subsidi bahan bakar esok
Kementerian Kewangan sedang mengkaji kemungkinan menaikkan subsidi bahan bakar bagi memastikan harga bahan itu tidak terus meningkat di pasaran.

Penumpang gemuk bayar lebih tiket pesawat: Ahli ekonomi
Cadangan kontroversi mengutarakan penumpang gemuk dikehendaki membayar surcaj tiket pesawat menjadi topik hangat perbualan seluruh dunia.