MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri hari ini memutuskan untuk menangguhkan pembukaan sesi persekolahan bersemuka bagi 45 sekolah rendah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Miri.
Arahan itu berkuat kuasa selama seminggu bermula pada 22 sehingga 28 Mac 2021.
Menteri Penyelaras JPBB Miri, Datuk Lee Kim Shin menjelaskan tindakan itu dibuat setelah Miri mencatatkan penambahan kes positif COVID-19 yang ketara dan melibatkan kakitangan serta pelajar sekolah.
"Dalam tempoh lima hari sejak Ahad hingga semalam Miri mencatatkan pertambahan 209 kes selain kes tertinggi di Sarawak pada 17 Mac lalu dengan 88 kes.
"Daripada jumlah itu sebanyak 18 atau sembilan peratus kes positif adalah terdiri daripada murid-murid sekolah-sekolah rendah, menengah serta guru manakala seramai 55 orang dikesan sebagai kontak rapat yang juga menjangkiti individu dari kelompok yang sama,” katanya dalam satu kenyataan JPBB Miri pada Jumaat.
Sementara itu Kim Shin menambah, perkara itu telah diperincikan bersama Pegawai PPD Miri dan tempoh penangguhan itu akan bersambung dengan cuti sekolah selama seminggu.
Selain itu, JPBB Miri memutuskan bahawa operasi persekolahan di daerah Subis berjalan seperti biasa.
Nuzuluddin Abdul Razak
Fri Mar 19 2021

Tindakan itu dibuat setelah Miri mencatatkan penambahan kes positif COVID-19 yang ketara dan melibatkan kakitangan serta pelajar sekolah. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Februari 2025
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
AWANI Global: Siapa pemenang persaingan global AI
Siapakah yang menguasai dan menerajui perlumbaan AI masa kini? Apakah impak perkembangan AI genaratif dan cabaran mengoptimumkan kapasiti model AI?
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.

Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi, seperti yang tular di media sosial.

Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima.
[TERKINI] Dua platform jualan dalam talian turunkan iklan `gummy'
KKM mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy', sebelum ini dilaporkan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
KUSKOP peruntuk RM12 juta tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM12 juta bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) tahun ini.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.
Dipenjara 2 bulan, denda RM1,000, curi baju, tudung, selipar
Seorang suri rumah dipenjara dua bulan dan didenda RM1,000 kerana mencuri beberapa barangan, termasuk pembersih muka di sebuah pasar raya.
Zahid yakin SPRM, belum sempat ziarah Ismail Sabri
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dan berlaku adil ke atas empat pegawai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.

Miri sediakan katil tambahan, langkah awal hadapi penambahan kes - Kim Shin
Penambahan katil diberikan kepada Hospital Miri memandangkan hospital itu turut meliputi pesakit dari beberapa daerah sekitar bandar itu.

Pembukaan 45 sekolah rendah di Miri ditangguh
Tindakan itu dibuat setelah Miri mencatatkan penambahan kes positif COVID-19 yang ketara dan melibatkan kakitangan serta pelajar sekolah.