KOTA KINABALU:Pembukaan semula aktiviti mendaki Gunung Kinabalu yang dijadual pada 7 Dis ini pastinya menggembirakan para malim gunung selepas hilang punca pendapatan sejak Mac, namun mereka perlu bersedia agar tidak mengalami mabuk gunung kerana tidak mendaki bagi tempoh yang lama.
Bercerita kepada Bernama, Jahimin Waimi, 50, yang menjadi malim gunung sejak 2004 mengakui perkara itu kerana pernah mengalami mabuk gunung apabila tidak mendaki dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan semasa berlakunya gempa bumi pada 2015.
Jahimin berkata beliau mengalami rasa pening dan mengantuk, simptom mabuk gunung, ketika berada pada ketinggian lebih 3,000 meter dari aras laut.
“Ia berlaku sebab perubahan pada ketinggian yang menyebabkan kekurangan oksigen,” katanya yang berasal dari Kampung Dumpiring, Kundasang.
Jahimin berkata biasanya beliau mendaki puncak Gunung Kinabalu setinggi 4,095 meter dari aras laut itu antara lima hingga enam kali sebulan bergantung kepada jadual yang ditetapkan pihak Taman-Taman Sabah (TTS).
Berkongsi pengalaman sama Mohammad Somihin, 24, dari Kampung Lembah Permai Kundasang yang menjadi malim gunung sejak 2009 juga mengakui akan mengalami gejala mabuk gunung sekiranya lama tidak mendaki gunung Kinabalu.
Mohamad yang menjadi malim gunung secara tetap bermula pada 2014 berkata beliau menghadapi keadaan itu apabila berada di penginapan iaitu di Panabalan yang berketinggian 3,272 meter dari aras laut.
“Saya akan pening tetapi tidaklah teruk, masih boleh dikawal dan untuk hilangkan mabuk itu saya akan keluar dari bilik penginapan, hirup udara segar selain membiasakan badan dengan suhu sekeliling,” katanya yang juga seorang ahli Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar).
Mohammad berkata kali terakhir beliau mendaki adalah pada 17 Mac lalu dan berikutan penutupan aktiviti pendakian itu pendapatan sebagai malim gunung juga terjejas dengan ada antara malim gunung menjalankan aktiviti pertanian bagi menampung perbelanjaan seharian.
Berbeza pula bagi porter David Solunggin, 42, beliau tidak menghadapi sebarang masalah mabuk gunung walaupun tidak mendaki dalam tempoh masa yang lama namun mengakui beberapa rakannya ada mengalami masalah berkenaan.
Sepanjang tiga tahun menjadi porter yang membawa barangan keperluan kakitangan TTS ke Panalaban, beliau tidak mengalami keadaan itu.
“Waktu aktiviti pendakian ditutup, saya masih mendaki sekali atau dua kali seminggu untuk menghantar barangan keperluan kakitangan yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di Panalaban,” katanya yang menetap di Pekan Nabalu.
Pada Rabu lalu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap jurucakap COVID-19 negeri Datuk Masidi Manjun dilaporkan berkata aktiviti pendakian ke puncak Gunung Kinabalu akan dibuka pada Isnin ini dengan kapasiti jumlah pendakian tidak melebihi 50 peratus kapasiti pendaki yang dibenarkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Aktiviti mendaki ditutup sementara pada 18 Mac lalu berikutan pelaksanaan PKP sebelum dibuka semula pada 16 Mei lepas namun ia ditutup semula pada 9 Okt bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 05 2020
![Pembukaan aktiviti mendaki, malim gunung perlu sedia hadapi mabuk gunung Pembukaan aktiviti mendaki, malim gunung perlu sedia hadapi mabuk gunung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607136369_Gunungkinabalu.jpg)
Aktiviti mendaki ditutup sementara pada 18 Mac lalu berikutan pelaksanaan PKP sebelum dibuka semula pada 16 Mei lepas namun ia ditutup semula pada 9 Okt bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
![Buli: Lima pelajar senior ikat, letak dumbel pada alat kelamin junior Buli: Lima pelajar senior ikat, letak dumbel pada alat kelamin junior](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739590038_TBbuli.jpg)
Buli: Lima pelajar senior ikat, letak dumbel pada alat kelamin junior
Kumpulan pelajar senior tersebut turut didakwa sering memeras ugut wang daripada pelajar junior berkenaan untuk membeli minuman keras.
![DBKL sita barang perniagaan di laluan awam DBKL sita barang perniagaan di laluan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739588795_dbkl.jpg)
DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
![Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739588970_JuanPabloII.jpg)
Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.
![Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739587127_TBhangus.jpg)
Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.
![Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735218354_duitringgit.jpg)
Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC pada 20.
![Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739586941_sitisaleha.jpg)
Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton
Majlis akad nikah secara tertutup kedua mempelai diadakan di sebuah resort mewah di Janda Baik.
![TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739584208_badrulafzanrazali.jpg)
TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
TFC mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan KL City FC.
Anwar adakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba
Anwar menyatakan kedua-dua pemimpin itu berbicara dan bertukar pandangan mengenai sinergi kerjasama dalam industri halal, kesihatan, pelaburan dan perdagangan, ASEAN, BRICS serta situasi di Gaza.
LRA Bukit Temoh kini beroperasi dengan kapasiti 75 peratus - Lembaga Air Perak
Lembaga Air Perak (LAP) dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan ekoran peningkatan aliran air mentah ke loji itu, situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.
![Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739584360_adamadli.jpg)
Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin
Wan Azizah turut memberikan kata-kata semangat dan meminta Muhammad Khairuddin supaya tabah dan redha dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.
![Malim gunung meninggal dunia di puncak Gunung Hitam Malim gunung meninggal dunia di puncak Gunung Hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717254300_Malimgunung.jpg)
Malim gunung meninggal dunia di puncak Gunung Hitam
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa Norfazli Abd Aziz, 57, disahkan meninggal dunia pada jam 5.50 petang tadi oleh pegawai perubatan.
![Malim gunung teruskan pencarian Muhammad Hawari di Gunung Everest Malim gunung teruskan pencarian Muhammad Hawari di Gunung Everest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684712436_PendakiNegara.jpg)
Malim gunung teruskan pencarian Muhammad Hawari di Gunung Everest
Ikhtiar bersama 20 syarikat sherpa lain demi menjalankan kerja pendakian di Gunung Everest untuk menyambung pencarian.
![Taman Eko Rimba di Selangor dibuka semula bermula 1 Feb Taman Eko Rimba di Selangor dibuka semula bermula 1 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674060119_TBTAMANRIMBA.jpg)
Taman Eko Rimba di Selangor dibuka semula bermula 1 Feb
Pembukaan semula itu meliputi enam Taman Eko Rimba dan jalur pendakian di tiga kawasan.
![Terengganu kuat kuasa khidmat malim gunung bermula 2023 Terengganu kuat kuasa khidmat malim gunung bermula 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41664408904_MTCC.jpg)
Terengganu kuat kuasa khidmat malim gunung bermula 2023
Terdapat 120 Malim Gunung Perhutanan di seluruh Terengganu dan jumlah itu dilihat cukup bagi memenuhi keperluan di lokasi berkenaan.
![JPSM cadang kuat kuasa syarat guna khidmat malim gunung semasa aktiviti pendakian JPSM cadang kuat kuasa syarat guna khidmat malim gunung semasa aktiviti pendakian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660058224_sesatdakibukit.jpg)
JPSM cadang kuat kuasa syarat guna khidmat malim gunung semasa aktiviti pendakian
Penggunaan MGP akan disyaratkan khususnya melibatkan aktiviti pendakian di HSK berisiko bagi memastikan keselamatan pendaki terjamin.
![Lelaki meninggal dunia ketika daki Gunung Kinabalu Lelaki meninggal dunia ketika daki Gunung Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659887590_TBGUNUNGKINABALUAJAL.jpg)
Lelaki meninggal dunia ketika daki Gunung Kinabalu
Mangsa yang berusia 51 tahun ditemukan malim gunung di KM 3.2 Gunung Kinabalu.
![Jabatan Perhutanan Johor cadang wajibkan khidmat malim gunung Jabatan Perhutanan Johor cadang wajibkan khidmat malim gunung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-01/51451741663_GunungLedang.jpg)
Jabatan Perhutanan Johor cadang wajibkan khidmat malim gunung
Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) bercadang mewajibkan semua aktiviti pendakian di Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri itu menggunakan perkhidmatan Malim Gunung Perhutanan (MGP) bermula Januari ta
![COVID-19: Enggan putus asa, malim gunung tanam sayur, buah sara kehidupan COVID-19: Enggan putus asa, malim gunung tanam sayur, buah sara kehidupan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626081205_MalimGunungtanams.jpg)
COVID-19: Enggan putus asa, malim gunung tanam sayur, buah sara kehidupan
Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu yang terjejas berikutan COVID-19 mendorong beberapa malim gunung mengusahakan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai alternatif bagi menjana pendapatan.
![Vaksinasi COVID-19 persiap malim gunung Kinabalu terima pelancong Vaksinasi COVID-19 persiap malim gunung Kinabalu terima pelancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625890629_TBKinabalu.jpg)
Vaksinasi COVID-19 persiap malim gunung Kinabalu terima pelancong
Suzana berkata vaksinasi sangat penting bukan hanya untuk melindungi diri mereka daripada jangkitan wabak tetapi juga kepada pelancong yang dibawa mendaki Gunung Kinabalu nanti.
![Pembukaan aktiviti mendaki, malim gunung perlu sedia hadapi mabuk gunung Pembukaan aktiviti mendaki, malim gunung perlu sedia hadapi mabuk gunung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607136369_Gunungkinabalu.jpg)
Pembukaan aktiviti mendaki, malim gunung perlu sedia hadapi mabuk gunung
Jahimin pernah mengalami mabuk gunung apabila tidak mendaki dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan semasa berlakunya gempa bumi pada 2015.