KUALA LUMPUR: Pembukaan semula sekolah di seluruh negara mulai 3 Okt ini selepas ia ditutup bagi tempoh yang agak lama akan mewujudkan persekitaran yang selamat sekali gus mampu mengembalikan semangat murid.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Wang Heng Suan berkata ia susulan dokumen Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 oleh Kementerian Pendidikan (KPM) setebal 120 halaman, memberikan fokus utama dari segi pembersihan di sekitar kawasan sekolah.
"Antaranya, permukaan yang sering disentuh perlu sentiasa disanitasi, laluan pergerakan murid, waktu rehat dan beberapa lagi ciri-ciri keselamatan selain rutin harian iaitu saringan suhu murid, memastikan murid memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal seperti ketetapan KPM," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata NUTP yakin pembukaan sekolah secara berperingkat juga merupakan sebahagian cara KPM mengenal pasti situasi dan keadaan dalam mengawal penularan COVID-19.
Pembukaan sekolah akan dilaksanakan secara berperingkat bermula esok khususnya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan dan ia membabitkan kelompok pelajar tertentu di negeri-negeri fasa dua dan ke atas di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Pembukaan semula sesi persekolahan akan menggunakan kaedah penggiliran murid secara mingguan dengan kapasiti kehadiran murid setiap minggu ditetapkan pada kadar 50 peratus daripada jumlah keseluruhan bagi mengurangkan bilangan di dalam kelas dan risiko penularan COVID-19.
Wang berkata NUTP berharap semua pentadbir dan guru sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan dan menjadikan ia sebagai rujukan dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi ketika murid berada di sekolah.
Beliau berkata garis panduan itu cukup lengkap penerangan dan langkah yang perlu diuruskan dalam memastikan keselamatan murid termasuk menyarankan pihak pentadbir sekolah mewujudkan Jawatankuasa COVID-19 di peringkat sekolah.
Garis panduan itu turut memaklumkan guru atau kakitangan sekolah yang tidak mahu menerima vaksin tidak dibenarkan berada atau ditempatkan di dalam ruang yang sama dengan mereka yang lengkap vaksinasi.
Justeru, hanya guru dan kakitangan yang telah menerima vaksin lengkap akan bertugas di sekolah dan ia akan mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat kepada murid-murid.
Sebanyak 97.5 peratus guru telah divaksin sekurang-kurangnya satu dos, anggota kumpulan pelaksana (97 peratus) dan Pegawai Perhubungan Sekolah (90.6 peratus) setakat 11 Sept lepas.
Turut senada adalah Presiden Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan yang berkata kesiapsiagaan persekitaran sekolah yang bersih dan pengambilan vaksinasi oleh majoriti golongan guru serta pelajar yang ke sekolah akan menjadikan pembukaan sekolah kali ini lebih selamat.
Beliau berkata garis panduan oleh KPM mencakupi semua yang berkaitan perjalanan pengurusan sekolah khususnya semasa pandemik dan endemik kelak.
"Kawalan pelajar semasa dan selepas sekolah dengan kehadiran pelajar 50 peratus dibantu oleh pihak penguat kuasa serta sukarelawan. Kawalan waktu makan, aturan di makmal, bilik air dan tempat solat juga mencukupi.
"Jadi, tentu sekolah memang selamat dan mampu kembalikan keceriaan serta semangat pelajar untuk terus seronok menimba ilmu yang dikehendaki," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata ibu bapa dan warga pendidik perlu sentiasa waspada dan tidak merasa selesa sepenuhnya meskipun tiada paksaan atau tindakan bagi ibu bapa yang tidak menghantar anak ke sekolah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 02 2021
![Pembukaan sekolah selamat, ibu bapa tidak perlu risau Pembukaan sekolah selamat, ibu bapa tidak perlu risau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631435918_PEMBUKAANSEKOLAH.jpg)
Hanya guru dan kakitangan yang telah menerima vaksin lengkap akan bertugas di sekolah. - Foto fail/BERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Amirul Aiman
- Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
- Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
- Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
#AWANIpagi #AWANInews
- Thaipusam: Lebih 20 jalan di pusat bandar ditutup mulai Ahad - Polis
- Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
- Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
#AWANIpagi #AWANInews
![Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738970885_tbhostages.jpg)
Hamas umum pembebasan tiga tebusan Israel
Pembebasan itu sebahagian perjanjian pertukaran dengan banduan Palestin dalam tahanan Israel.
![Ireland janji bantuan tambahan kepada UNRWA susulan pemotongan dana oleh AS Ireland janji bantuan tambahan kepada UNRWA susulan pemotongan dana oleh AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738970356_tbSimonHarris.jpg)
Ireland janji bantuan tambahan kepada UNRWA susulan pemotongan dana oleh AS
Ireland pada Jumaat mengumumkan bantuan tambahan sebanyak AS$20.7 juta kepada UNRWA.
![OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727346656_OpenAI.jpg)
OpenAI ambil serius dakwaan pencerobohan data
OpenAI menyatakan pihaknya mengambil serius laporan mengenai pencerobohan data.
![PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738938956_SharuddinOmar.jpg)
PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menceburi perniagaan produk makanan berasaskan ayam bagi menjana pendapatan dalam usaha membantu membangunkan ekonomi dan kebajikan ahli.
![Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728918105_bayi.jpg)
Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.
Usah bangkit isu perpaduan, dimanipulasi pihak tertentu
Isu perpaduan di Malaysia seharusnya tidak lagi menjadi perdebatan utama selepas lebih enam dekad negara mencapai kemerdekaan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.
Zelenskiy setuju tawar AS perjanjian nadir bumi dan mineral
Zelenskiy menekankan keperluan Ukraine untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada sekutunya sebagai sebahagian daripada sebarang penyelesaian.
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Presiden Trump umum akan memecat ejen FBI yang didakwa korup dalam siasatan serangan 6 Januari 2021. Pentadbirannya setuju untuk tidak mendedahkan nama ejen buat sementara waktu.
![Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738682992_RisbergskaSchool.jpg)
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.
![Polis giat kempen kesedaran dadah di sekolah di Pulau Pinang Polis giat kempen kesedaran dadah di sekolah di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737973496_TBHamzahAhmad.jpg)
Polis giat kempen kesedaran dadah di sekolah di Pulau Pinang
Hamzah berkata walaupun statistik menunjukkan peningkatan, ia masih terkawal dan pihaknya mengambil langkah segera bagi membendungnya.
![Bangkok tutup lebih 350 sekolah susulan pencemaran udara teruk Bangkok tutup lebih 350 sekolah susulan pencemaran udara teruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737725928_airpollution.jpg)
Bangkok tutup lebih 350 sekolah susulan pencemaran udara teruk
Pihak berkuasa Thailand pada Jumaat menutup lebih 350 sekolah di ibu negara Bangkok akibat pencemaran udara.
![BAP bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bermula Isnin BAP bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bermula Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729735604_TBLOGOKPM.jpg)
BAP bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bermula Isnin
Agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu pula akan dilaksanakan bermula 1 Julai 2025.
![Penggunaan telefon bimbit di sekolah di Brazil akan dilarang Penggunaan telefon bimbit di sekolah di Brazil akan dilarang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734678191_TBMOBILEPUBLIC.jpg)
Penggunaan telefon bimbit di sekolah di Brazil akan dilarang
Penggunaan telefon bimbit akan dilarang di sekolah rendah dan menengah di Brazil jika undang-undang yang diluluskan oleh Kongres baru-baru ini mendapat persetujuan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva.
![Pelajar Tahun 6 maut disyaki terkena renjatan elektrik di sekolah Pelajar Tahun 6 maut disyaki terkena renjatan elektrik di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729227487_MatiMayatBunuh.jpg)
Pelajar Tahun 6 maut disyaki terkena renjatan elektrik di sekolah
Siasatan masih dijalankan dan polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa bagi mengenal pasti punca kejadian.
![Sekolah di Damsyik dibuka semula Sekolah di Damsyik dibuka semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734252901_TBSCHOOLDAMASCUS.jpg)
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
![Pascabanjir: Keadaan sekolah perlu selamat, kondusif - Fadhlina Pascabanjir: Keadaan sekolah perlu selamat, kondusif - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733650205_FadhlinaSidek.jpg)
Pascabanjir: Keadaan sekolah perlu selamat, kondusif - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata aspek keselamatan sangat diutamakan bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berlangsung dengan baik.
![Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Peningkatan kes kesihatan mental dan kejadian bunuh diri memperlihatkan keseriusan masalah dialami pelajar akibat beban akademik.
![Lebih 415,000 pelarian Gaza berlindung di sekolah PBB - UNRWA Lebih 415,000 pelarian Gaza berlindung di sekolah PBB - UNRWA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733060835_gazaUNRWA.jpg)
Lebih 415,000 pelarian Gaza berlindung di sekolah PBB - UNRWA
Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) mendedahkan pada Ahad lebih 415,000 rakyat Palestin yang menjadi pelarian, kini berlindung di bangunan sekol