MELAKA: Pembukaan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) baharu di sesuatu kawasan bergantung kepada keperluan bagi memastikan tidak berlaku pembaziran.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ketika ini, Tabika Kemas mendapat saingan daripada sekolah rendah yang menawarkan pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak berusia seawal empat tahun.
"Kita sentiasa mengkaji permohonan atau keperluan untuk membuka Tabika Kemas baharu di kawasan pinggir bandar atau luar bandar dari semasa ke semasa kerana melibatkan beberapa faktor terutama dari segi bajet.
"Sejumlah bajet diperlukan untuk membuka Tabika Kemas baharu dan setiap tahun ada tabika baharu yang dibuka dan ada juga yang terpaksa ditutup ekoran murid tidak mencukupi kerana ibu bapa memilih untuk menghantar anak mereka ke prasekolah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Anggota Kemas Malaysia 2022 dan Kelab Anak Muda Perintis Intelektual Se-Malaysia yang turut dihadiri Ketua Pengarah Kemas Datuk Mohamad Yasid Bidin.
Mahdzir berkata selain itu, Tabika Kemas baharu akan dibuka bagi mengurangkan kepadatan murid di tabika sedia ada sekali gus memastikan mereka dapat menjalani sesi pendidikan awal dengan baik dan selesa.
"Satu tabika kita perlukan 20 hingga 30 orang sahaja... jika lebih, kita perlu buka tabika baharu kerana kita tidak mahu terlalu padat," katanya.
Beliau berkata setakat ini, jumlah Tabika Kemas di seluruh negara adalah sebanyak 10,765 buah melibatkan 215,565 murid.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata cadangan untuk menaikkan elaun pembantu Tabika Kemas kepada RM800 sebulan masih di peringkat kajian di peringkat Kementerian Kewangan.
Katanya setakat ini pembantu Tabika Kemas mendapat elaun RM500 sebulan dan ia melibatkan kira-kira 11,000 sukarelawan berkenaan.
"Cadangan menaikkan kadar elaun itu kini di peringkat Kementerian Kewangan dan kita berharap akan mendapat jawapan positif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 29 2022

Mahdzir berkata, cadangan untuk menaikkan elaun pembantu Tabika Kemas kepada RM800 sebulan masih di peringkat kajian di peringkat Kementerian Kewangan. - Gambar/ Bernama

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.

21 murid Tabika Kemas terperangkap banjir kilat di Ampang diselamatkan
Tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan 21 murid dalam kejadian banjir di Jalan Hulu Klang, Batu 8, berhampiran Klang Gate pada Selasa.

140,000 huffaz cilik bakal lahir menerusi Tabika Pra-Tahfiz Kemas pada 2026 - Ahmad Zahid
Seramai 140,000 kanak-kanak huffaz cilik bakal dilahirkan menerusi Program Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Pra-Tahfiz Kemas.

Penghayatan Hadis 40 Imam al-Nawawi diperluas ke Tabika Kemas
Kurikulum Pendidikan Islam di Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) seluruh negara akan dimantapkan lagi dengan modul pembelajaran Hadis 40 Imam al-Nawawi yang dijangka bermula Jun ini.

Program Tabika Pra Tahfiz di 10,843 tabika Kemas - Ahmad Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan melaksanakan Program Tabika Pra Tahfiz di 10,843 Tabika Kemas bagi memperkasa pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak.

Transformasi Tabika Kemas bimbing akidah kanak-kanak di peringkat awal - Ahmad Zahid
Pendekatan Kemas memperkenalkan pendidikan Al-Quran dan ibadah kepada anak-anak kecil dilihat sebagai langkah yang tepat.

Kemas peruntuk RM1 juta bagi pelaksanaan program Pintar Botani
Modul Pintar Botani itu merupakan aktiviti luar bilik darjah yang menerapkan aspek Sains dan Teknologi serta Amalan Gaya Hidup Sihat melalui makanan seimbang dan berkhasiat.

Bajet 2023: KPLB mahu mulakan kelas pintar di Tabika Kemas
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mahu menjadikan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sebagai kelas pintar selari dengan eleman pendigitalan ketika ini.

Tabika Kemas kisah kejayaan kerajaan - PM
Pelaksanaan Tabika Kemas merupakan antara kisah kejayaan kerajaan kerana ramai yang berjaya hari ini, termasuk pemimpin mula mendapat pendidikan awal di pusat bimbingan kanak-kanak tersebut.

Keputusan kenaikan elaun pembantu Tabika Kemas hujung tahun ini
Pemohonan telah dikemukakan kepada JPA untuk menaikkan elaun tersebut berikutan gaji RM500 diterima tidak setimpal dengan beban tugas.

Pembukaan Tabika Kemas baharu bergantung kepada keperluan, elak pembaziran
Pembukaan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) baharu di sesuatu kawasan bergantung kepada keperluan bagi memastikan tidak berlaku pembaziran.