KUALA LUMPUR: Bekas anggota polis berpangkat lans koperal, Mohd Ya’cob Demyati yang membunuh penyanyi kumpulan Spoon era 90-an, Allahyarham Along dibebaskan dari Penjara Kajang pada Khamis.
Peguamnya, Che Muji Che Noh berkata, Mohd Ya’cob, 57, telah selesai menjalani hukuman 33 tahun bermula tarikh tangkap, 4 Januari 2000.
“Insya-Allah dia bebas hari ini, hukuman penjara itu termasuk (ditolak) satu pertiga daripada cuti dan lain-lain, bermakna dia dah menjalani hukuman penjara 33 tahun,” katanya.
Pesalah yang berasal daripada Johor ini dijangka dibebaskan pada jam 5 petang.
BACA: Pembunuh Along Spoon terlepas hukuman penjara sepanjang hayat
Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan, Mohd Ya’cob terlepas hukuman penjara sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan di sini meminda hukuman tersebut kepada penjara 33 tahun.
Keputusan sebulat suara diputuskan panel lima hakim, diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas membenarkan permohonan semakan lelaki itu selaku pemohon.
Tengku Maimun yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Nordin Hassan serta Datuk Abu Bakar Jais memerintahkan hukuman berkenaan bermula tarikh tangkap beserta sebatan.
Bagaimanapun, pesalah itu terlepas hukuman sebatan kerana dia telah berusia lebih setengah abad.
Berdasarkan Seksyen 289(c) Kanun Prosedur Jenayah 2007, pesalah wanita, individu yang dijatuhi hukuman mati dan pesalah berumur lebih 50 tahun, tidak boleh dikenakan sebatan.
Pengantian hukuman tersebut dibuat susulan Akta Pemansuhan Hukuman Mati 2023 dikuat kuasakan, empat bulan lalu.
Pada 2 November 2010, Mohd Ya'cob kekal dihukum gantung atas kesalahan membunuh Along atau nama sebenarnya Sabi'ul Malik Shafiee setelah rayuan akhirnya ditolak Mahkamah Persekutuan.
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi memutuskan demikian setelah berpuas hati bahawa keterangan ikut keadaan yang disandarkan pendakwa raya ialah kukuh untuk mensabitkan perayu atas tuduhan berkenaan.
Mahkamah ketika itu sebulat suara berpendapat, keterangan-keterangan tersebut juga mencukupi untuk menolak andaian kononnya penyanyi kumpulan remaja itu diculik dan dibunuh oleh individu lain.
Ini kerana Mohd Ya'cob merupakan orang terakhir dilihat bersama Along pada malam kejadian manakala penemuan mayat mangsa dalam guni di tempat yang sama mereka ditinggalkan, menguatkan lagi kes pendakwaan.
Sehubungan itu, Zaki yang bersidang bersama Hakim Datuk Seri Md Raus Sharif dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong berpuas hati bahawa tiada sebab bagi panel tersebut menolak penemuan hakim bicara ketika mensabitkan perayu.
Dengan itu, panel berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan pada 10 April 2002 yang mensabitkan anggota polis tersebut serta Mahkamah Rayuan yang mengekalkannya pada 29 Ogos 2008.
Hukuman itu kemudiannya diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuannya.
Mengikut pertuduhan Mohd Ya'cob yang merupakan bertugas di cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dituduh membunuh Sabi'ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 26 Disember 1999.
Sebelum ini, Along dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999. Polis kemudian menjumpai rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 16 2023

Lans Koperal Mohamed Ya’cob Demyati dibawa ke Mahkamah Persekutuan pada tahun 2011, bagi mengetepikan sabitan dan hukuman gantung, kerana membunuh Along Spoon, 23 tahun lalu. - Gambar fail/ Sinar Harian
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Pembunuh Along Spoon sudah keluar dari Penjara Kajang
Bekas banduan, Mohamed Ya'cob Demyati, 57, yang membunuh penyanyi era 90-an, Allahyarham Along Spoon atau Sabi'ul Malik Shafie telah keluar dari Penjara Kajang tepat jam 6 petang tadi.

Pembunuh Along Spoon terlepas hukuman penjara sepanjang hayat
Pembunuh Along Spoon terlepas hukuman penjara sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis, meminda hukuman tersebut kepada penjara 33 tahun.