Pembunuhan Ismail Haniyeh: Dunia kehilangan pemimpin disegani - Ismail Sabri
Dunia berduka apabila kehilangan pemimpin pejuang Hamas, Ismail Haniyeh pada awal pagi Rabu.
Astro Awani
Wed Jul 31 2024
Ismail Sabri Yaakob berkata dunia berduka apabila kehilangan pemimpin pejuang Hamas yang disegani, Ismail Haniyeh pada Rabu.- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Dunia berduka apabila kehilangan seorang pemimpin yang disegani, menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri dalam pautan terbaharu di platform X berkata, pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, yang dipercayai menjadi sasaran peluru berpandu di sebuah bangunan di Tehran pada awal pagi Rabu, menyebabkan dunia berduka.
Sehubungan itu, Pas Kelantan turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ismail Haniyeh selepas ketua biro politik Hamas itu dilaporkan terkorban dalam serangan di ibu kota Iran.
Dunia berduka apabila kehilangan seorang pemimpin yang disegani, Ismail Haniyeh yang terbunuh dalam serangan di Iran. pic.twitter.com/KN6agaDV5J
Pesuruhjaya Pas, Datuk Ahmad Yakob menyifatkan Ismail sebagai seorang tokoh yang sangat dihormati oleh dunia Islam atas perjuangannya untuk Palestin.
Dalam satu hantaran di Facebook, beliau memaklumkan agar Allah S.W.T memberi keselamatan kepada seluruh rakyat Palestin dan membalas rejim Zionis dengan pembalasan yang hina dan setimpal dengan perlakuan mereka.