KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang disyaki menjadi dalang mangsa pemerdagangan manusia melibatkan lima wanita warga Vietnam, di Jalan Raden Bagus di sini, pada Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Saiful Annuar Yusoff berkata kedua-dua lelaki terbabit dipercayai bertindak selaku pengurus kepada kesemua mangsa berusia lingkungan 26 hingga 34 tahun.
"Operasi Pintas (Op Pintas) kira-kira 10.10 malam itu membongkar kegiatan jijik terbabit dipercayai telah beroperasi kira-kira sebulan lepas.
"Polis dalam masa sama, turut menemukan pasport milik kesemua mangsa dipercayai dipegang oleh seorang daripada suspek yang ditahan.
"Hasil siasatan juga mendapati mangsa telah dipaksa untuk memberikan khidmat seks dengan bayaran RM250 dikenakan bagi setiap pelanggan," katanya dalam kenyataan semalam.
Saiful Annuar berkata pihaknya akan memohon reman ke atas dua suspek terbabit dan mereka akan disiasat di bawah Seksyen 12 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
"Kesemua mangsa terbabit akan dimohon Perintah Perlindungan Interim (IPO) seterusnya dihantar ke pusat perlindungan sementara," katanya.
Saiful Annuar berkata serbuan terbabit turut membawa kepada rampasan sembilan buah telefon bimbit, tiga keping kad akses bilik, 24 kondom selain wang tunai berjumlah RM1,250.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 23 2021
![Pemerdagangan manusia: Dua lelaki ditahan - Polis Pemerdagangan manusia: Dua lelaki ditahan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615989644_handcuff.jpg)
Polis akan memohon reman ke atas dua suspek terbabit dan mereka akan disiasat di bawah Seksyen 12 ATIPSOM 2007. - Gambar hiasan
Khaled nafi dakwaan naib canselor UPNM 'tempat buangan'
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menafikan dakwaan bahawa jawatan naib canselor di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) digunakan sebagai "tempat pembuangan" bagi jeneral tiga bintang dalam angkatan tentera.
Beliau menegaskan bahawa pelantikan pegawai tentera dibuat berdasarkan prinsip profesionalisme dan keperluan organisasi secara strategik.
Beliau menegaskan bahawa pelantikan pegawai tentera dibuat berdasarkan prinsip profesionalisme dan keperluan organisasi secara strategik.
Sidang parlimen: SDG 12 perlu diteliti oleh pihak berkepentingan
Menurut Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, ini untuk memastikan pelaksanaan pusat kitar semula yang tidak terlalu mahal disamping menambah baik ekonomi setempat.
Sidang parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2%
12 daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menunjukkan trend positif dengan pencapaian yang lebih baik adalah SDG 1, tiada kemiskinan.
![Ibu, anak cemas terperangkap dalam kebakaran rumah Ibu, anak cemas terperangkap dalam kebakaran rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739937540_TBkebakaran.jpg)
Ibu, anak cemas terperangkap dalam kebakaran rumah
Seorang wanita dan anak lelakinya berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan SS 19/1c- SS19, Subang Jaya pagi ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta.
[TERKINI] 3 mangsa maut di konsert pinkfish akibat dadah stimulan
Polis mengesahkan bahawa tiga daripada empat mangsa yang meninggal dunia ketika menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Disember lalu disebabkan pengambilan dadah stimulan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa laporan patologi mengesahkan punca kematian tersebut, manakala laporan seorang lagi mangsa masih ditunggu bagi melengkapkan siasatan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa laporan patologi mengesahkan punca kematian tersebut, manakala laporan seorang lagi mangsa masih ditunggu bagi melengkapkan siasatan.
![Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip
Presiden AS telah lama mengkritik layanan tidak adil terhadap eksport kenderaan Amerika di pasaran luar terutama kadar tarif EU yang mencapai 10 peratus.
[TERKINI] PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bahrain tengah malam ini, untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa.
![Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739935315_tbSambalBuduDurian.jpg)
Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad
Ibnu Sina Osman dan isteri meneruskan pembuatan Sambal Budu Durian, resipi keluarga hampir empat dekad diusahakan di Kelantan.
![3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah di 49 HLS seluruh negara 3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah di 49 HLS seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733924613_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah di 49 HLS seluruh negara
Kejayaan itu dicapai hasil pelaksanaan pelantikan PPS enam kali setahun dengan sela dua bulan.
![Pemerdagangan manusia: Dua lelaki ditahan - Polis Pemerdagangan manusia: Dua lelaki ditahan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615989644_handcuff.jpg)
Pemerdagangan manusia: Dua lelaki ditahan - Polis
Kedua-dua lelaki terbabit dipercayai bertindak selaku pengurus kepada kesemua mangsa berusia lingkungan 26 hingga 34 tahun.
![Pelarian Rohingya 'dijual seperti ikan' oleh sindiket pemerdagangan manusia Pelarian Rohingya 'dijual seperti ikan' oleh sindiket pemerdagangan manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41553687472_950x600.jpg)
Pelarian Rohingya 'dijual seperti ikan' oleh sindiket pemerdagangan manusia
Situasi pelarian Rohingya diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga apabila 'ejen' yang kononnya mahu membela nasib etnik itu rupa-rupanya merupakan sindiket pemerdagangan manusia.
![Warga emas dituduh perdagang wanita asing Warga emas dituduh perdagang wanita asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/61473172941_WomenSilhoutte.jpg)
Warga emas dituduh perdagang wanita asing
Hadapi lapan tuduhan termasuk empat tuduhan pilihan memperdagangkan empat wanita warga Vietnam dan China bagi tujuan eksploitasi seksual, Ogos tahun lalu.
![TEKAM nafi terlibat pemerdagangan manusia TEKAM nafi terlibat pemerdagangan manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81433118801_295x200.jpg)
TEKAM nafi terlibat pemerdagangan manusia
Apa yang berlaku ketika ini ialah kelemahan yang terdapat dalam sistem kawalan di sempadan negara terutama di sempadan Malaysia-Thailand yang menyebabkan kegiatan pemerdagangan manusa berlarutan.
![Jenazah mangsa pemerdagangan manusia akan dikebumi di Pokok Sena - Mukhriz Jenazah mangsa pemerdagangan manusia akan dikebumi di Pokok Sena - Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/71432867941_295x200.jpg)
Jenazah mangsa pemerdagangan manusia akan dikebumi di Pokok Sena - Mukhriz
Mayat mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang dipindahkan dari Wang Kelian ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk tujuan bedah siasat akan dikebumikan di Pokok Sena.
![Infografik: Sindiket Pemerdagangan Rohingya Infografik: Sindiket Pemerdagangan Rohingya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/51433262530_120x90.jpg)
Infografik: Sindiket Pemerdagangan Rohingya
Kebanyakan etnik Rohingya yang dibawa masuk ke negeri ini oleh sindiket pemerdagangan manusia ditempatkan dalam jumlah yang ramai di rumah sewa di sekitar Perai.