Pemergian bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abu Zahar Ithnin, 74, seorang tokoh yang mengabdikan dirinya membela rakyat ketika menjadi guru mahupun dalam politik, merupakan suatu kehilangan besar untuk rakyat Melaka.
Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berkata Allahyarham merupakan pemimpin yang perlu diteladani terutama oleh golongan belia di negeri ini.
"Kehilangan Allahyarham suatu yang amat besar buat rakyat Melaka. Semua merasainya daripada pemimpin hinggalah rakyat jelata.
"Takziah buat keluarga Allahyarham. Marilah kita bersama mendoakan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman," katanya kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Abu Zahar di kediamannya di Merlimau malam ini.
Allahyarham, yang merupakan Ketua Menteri Melaka kelapan dari 23 Mei 1997 hingga 2 Dis 1999, meninggal dunia di kediamannya akibat komplikasi kencing manis dan buah pinggang pada kira-kira 6 petang semalam.
Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata pemergian Abu Zahar merupakan satu kehilangan kerana Allahyarham merupakan tokoh yang sentiasa bersama UMNO memperjuang nasib rakyat.
"Allahyarham merupakan seorang pejuang parti yang sentiasa meletakkan kepetingan UMNO di hadapan melebihi dirinya sendiri.
"Sebagai seorang pendidik, Allahyarham berjaya memartabatkan institusi pendidikan di peringkat yang tertinggi dan disegani di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Othman Muhammad berkata ketegasan Allahyarham ketika menjalankan tugas sebagai speaker DUN Melaka pada 1986 dan Ketua Menteri Melaka merupakan sikap yang perlu dicontohi pemimpin di negara ini.
"Ketegasan Allahyarham menjadikan apa sahaja tugas dilakukan itu berkesan dan berjalan dengan licin. Di sebalik ketegasan itu, sebenarnya ada kelembutan yang mahu rakyat Melaka mendapat yang terbaik daripada pemimpin negeri ini.
"Sesuatu yang tidak dapat saya lupa, Allahyarham pernah berkata cara saya sebagai speaker sekarang sama tegas dengan dirinya sebagai speaker dulu. Allahyarham ini cakap tidak simpan, kalau ada salah, dia cakap depan-depan bukan belakang, itu adalah pemimpin yang terbaik untuk kita contohi," katanya.
Anggota Parlimen Jasin Datuk Ahmad Hamzah pula berkata beliau kehilangan seorang rakan karib yang dikenali sejak awal 1970-an.
"Allahyarham merupakan seorang yang amat senang didekati dan seorang yang amat suka menasihati rakannya supaya memberikan khidmat terbaik untuk rakyat.
"Sebagai Anggota Parlimen di Jasin, saya akan meneruskan legasi beliau dalam menjaga sebaiknya rakyat di daerah ini," katanya.
Abu Zahar pernah memenangi kerusi Parlimen Jasin pada pilihan raya umum ke-10 pada November 1999 apabila menewaskan calon PAS Mujahid Yusof dengan majoriti 10,685 undi.
Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Akhbar Ali pula berkata Umno Melaka kehilangan seorang tokoh yang sanggup bersusah payah bersama dalam perjuangan parti.
"Saya amat sayangkan Allahyarham sebagai seorang tokoh yang amat berjasa dalam mendidik anak bangsa di Melaka dan memajukan negeri ini ketika menjadi Ketua Menteri," katanya.
Bernama
Sat Jul 13 2013
!['Pemergian Abu Zahar kehilangan besar rakyat Melaka' 'Pemergian Abu Zahar kehilangan besar rakyat Melaka'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/71373641189_295x200.jpg)
[TERKINI] Hamas tangguh pembebasan tebusan Israel yang dijadualkan pada Sabtu
Hamas berkata ia akan menangguhkan pembebasan tebusan yang dijadualkan pada hari Sabtu.
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda pentas peragaan British itu ke pejabat perdana menteri di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
China sedia jalin hubungan dengan negara kepulauan pasifik
China bersedia menjalin hubungan lebih rapat dengan negara-negara Kepulauan Pasifik termasuk Cook Island.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
Pendengaran permohonan batal tahan Suk Yeol minggu depan
Sebuah mahkamah Korea Selatan akan mendengar sama ada akan membatalkan penahanan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol pada minggu depan, menurut sumber pada Isnin.
Afrika Selatan persoal keputusan Trump henti bantuan kewangan
Kementerian Luar Afrika Selatan mengecam perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump, yang menghentikan bantuan kewangan ke negara itu.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Rasuah: Netanyahu sekali lagi hadir ke mahkamah
Netanyahu adalah pemimpin Israel pertama yang dihadapkan ke mahkamah sebagai defendan jenayah.
Busuk bau mayat reput, Penjara Muzenze di Congo dibersihkan
Memetik rakaman Reuters, ICRC turut dilihat melakukan proses pembersihan serta disinfeksi bagi mengelak berlakunya penularan wabak.
ASEAN punya potensi, Turkiye mahu main peranan lebih luas
Turkiye melihat faktor keaktifan ASEAN dalam geopolitik antarabangsa, selain turut mempunyai potensi pasaran lebih besar.
Hubungan erat Malaysia- Turki mampu buka peluang di peringkat global
Penasihat khas Menteri Luar Negeri (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, ini kerana kedua-dua negara itu mempunyai lokasi strategik yang menjadi penghubung penting antara ASEAN dan Eropah.
Sultan Nazrin perkenan kurniakan Erdogan dengan anugerah tertinggi Universiti Malaya
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Isnin telah berkenan mengurniakan anugerah tertinggi Universiti Malaya (UM), Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
!['Pemergian Abu Zahar kehilangan besar rakyat Melaka' 'Pemergian Abu Zahar kehilangan besar rakyat Melaka'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/71373641189_295x200.jpg)
'Pemergian Abu Zahar kehilangan besar rakyat Melaka'
Pemergian bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abu Zahar Ithnin, 74, merupakan suatu kehilangan besar untuk rakyat Melaka.
![Bekas Ketua Menteri Melaka Abu Zahar Ithnin meninggal dunia Bekas Ketua Menteri Melaka Abu Zahar Ithnin meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/71373641189_295x200.jpg)
Bekas Ketua Menteri Melaka Abu Zahar Ithnin meninggal dunia
Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abu Zahar Ithnin, 74, meninggal dunia di kediamannya di Merlimau pukul 6 petang tadi.