KUALA LUMPUR: Pemergian bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah merupakan satu kehilangan besar kepada negara terutama badan kehakiman dan perundangan, kata pengamal undang-undang.
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif, 73, berkata Allahyarham bukan sahaja dikenali dalam kalangan rakan sebagai seorang yang sangat baik dan penyabar, tetapi turut dikenang sebagai seorang yang sangat teliti terutama ketika membuat sesuatu penghakiman.
"Kalau kita baca daripada jurnal-jurnal kehakiman, penghakiman beliau masih menjadi ikutan (precedent) pada masa ini," katanya ketika ditemui media selepas pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini hari ini.
Mengimbau kembali perkenalan awal dengan arwah, Md Raus berkata mereka sering bertemu di Mahkamah Kota Bharu, Kelantan ketika Allahyarham masih menjadi peguam dan mempunyai firma guaman di sana.
"Saya ketika itu bertugas dalam judiciary service di Kota Bahru ... selepas itu, arwah menjadi hakim dan saya appear di hadapan beliau sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam Kanan Persekutuan. Apabila saya pula menjadi hakim, beliau merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan seterusnya menjadi Ketua Hakim Negara.
"Saya banyak belajar daripada arwah dan sering berhubung dengan arwah selepas beliau bersara apabila saya menjadi Ketua Hakim Negara," katanya yang turut menyifatkan pemergian Allahyarham merupakan kehilangan peribadi buat beliau.
"Ketika saya pergi melawat di rumahnya, saya pegang tangannya dan cakap kepadanya 'Raus ni'. Saya nampak beliau mengalirkan air mata kerana beliau kenal saya walaupun tidak dapat bercakap," katanya.
Sementara itu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril, 55, yang juga anak saudara kepada Allahyarham berkata Mohamed Dzaiddin merupakan seorang yang tegas, berdisiplin tinggi dan sangat menepati masa.
"Semasa saya kecil, Allahyarham sudah menjadi hakim. Ketika itu saya langsung tidak terfikir akan menjadi hakim kerana melihat cara Allahyarham yang tegas dan berdisiplin itu, sukar untuk diikuti," katanya.
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abu Samah Nordin, 73, berkata Allahyarham seorang yang sangat bertimbang rasa dalam membuat keputusan dan mesra dengan semua hakim yang bekerja dengannya termasuk yang masih baharu dalam perkhidmatan.
"Saya pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya semasa Allahyarham menjadi hakim, ketika itulah saya tahu beliau sangat bertimbang rasa ketika membuat keputusan," katanya.
Bekas Ketua Polis Perak Datuk Seri Noordin Omar, 67, pula berkata Allahyarham patut dicontohi oleh generasi hari ini terutama jasanya kepada negara khususunya bidang kehakiman dan kepolisan yang menjadi bidang penting keselamatan negara.
"Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai pegawai polis pada awal kerjayanya dahulu dan generasi sekarang perlu mencontohi apa yang pernah dilakukan Allahyarham ketika beliau masih hidup," katanya.
Jenazah Mohamed Dzaiddin Abdullah selamat dikebumikan pada 11.30 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini.
Antara yang turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohd Noor, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wan Adnan Muhamad dan bekas Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 86 tahun di Hospital Prince Court, di sini pada 6.30 petang semalam disebabkan komplikasi jantung selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pukul 4.30 pagi hari yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024
Allahyarham Mohamed Dzaiddin dikenali sebagai seorang yang sangat baik dan penyabar, selain teliti terutama ketika membuat sesuatu penghakiman. - Gambar fail
PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.
Hala tuju kerajaan adalah penggunaan bas EV - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa 310 bas diesel ini merupakan batch terakhir sebelum mendapat 250 buah bas EV yang kini sedang dalam proses tender.
#AWANInews
#AWANInews
Ejen insurans kerugian lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di FB
Seorang ejen insurans mengalami kerugian RM666,546 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.
300 van baru akan mula beroperasi pada Mac - Anthony Loke
Tahun ini, Prasarana melalui Rapid Bus akan memperkenalkan sehingga 300 buah van baru di kawasan Lembah Kelang berdekatan stesen-stesen pengangkutan awam bagi menyelesaikan masalah "first mile and last mile", kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Tambah beliau, selepas beberapa bulan beroperasi dengan 20 van, ramai yang suka dengan perkhidmatan ini.
#AWANInews
#AWANInews
Umat Islam diseru terus hulur bantuan kepada rakyat Palestin - Mohd Na'im
Mohd Na'im menyeru umat Islam terus menghulurkan bantuan kepada Palestin sebagai tanda kesatuan hati dan jiwa menyokong rakyatnya.
Ubur-ubur api terdampar di Terengganu bukan dari perairan tempatan
Ubur-ubur api atau Portuguese Man of War yang terdampar di Terengganu mempunyai sengatan berbisa dan boleh mendatangkan kesan kecederaan teruk serta berbahaya.
Pantau Belanjawan: ASEAN 2025: Malaysia sebagai peneraju tenaga bersih serantau
Dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik global, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 berpeluang memainkan peranan penting dalam mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih di rantau ini. Perbincangan bersama Pengarah Urusan Gading Kencana, Guntor Tobeng ini akan membedah cabaran, peluang, dan langkah strategik untuk menjadikan Malaysia pemimpin utama dalam sektor tenaga bersih.
AWANI Ringkas: Jenayah | Sungai Kabul Merah Jambu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hadiah Tahun Baharu Cina, 5 individu bebas kes pencemaran minyak Sungai Gong
Hakim Nor Rajiah Mat Zin memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
107 anak-anak bekas anggota GISBH tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Pemergian Tun Mohamed Dzaiddin kehilangan besar negara, Badan Kehakiman
Pemergian bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah merupakan satu kehilangan besar kepada negara terutama badan kehakiman dan perundangan, kata pengamal undang-undang.
Bekas Ketua Hakim Negara Md Raus akan diterima masuk sebagai peguam bela, peguam cara
Prosiding petisyen penerimaan masuk peguam bela dan peguam cara akan berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Tun Abdul Hamid nafi sertai 'Dialog Pulangkan Najib' di Melaka
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menafikan beliau akan menjadi seorang daripada ahli panel dalam program 'Dialog Pulangkan Najib'.
Tun Arifin tiba untuk menghadap YDP Agong
Bekas Ketua Hakim Negara itu dilihat memasuki Pintu 2 Istana Negara menggunakan kenderaan jenis Proton Perdana berwarna hitam.
Tun Zaki nafi audio tegur Dr Noor Hisham adalah dirinya
Tun Zaki Azmi menegaskan audio seorang individu menegur Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang tular di media sosial bukan dirinya.
May Day For Justice - Tribut buat Tun Salleh Abas
Bagi Tun Salleh Abas, kisah pemecatan sebagai Ketua Hakim Negara daripada pandangan dan kaca mata adalah satu titik hitam dalam kehidupannya.
Mahkamah batal saman difailkan oleh Sangeet Kaur terhadap bekas Ketua Hakim Negara
Hakim mendapati saman yang difailkan oleh peguam Sangeet Kaur Deo sebagai pemohon adalah bersifat akademik selepas Mahkamah Persekutuan membebaskan Karpal Singh.
Mantan Ketua Hakim Negara persoal keupayaan EAIC
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad mempersoal keupayaan EAIC dalam mengendali aduan daripada orang ramai berhubung salah laku pegawai-pegawai penguatkuasa dan agensi kerajaan.