PUTRAJAYA: "Jika ia berlaku, beritahu saya di sekolah mana, supaya tindakan boleh diambil," itu jawapan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Mohd Radzi Md Jidin ketika diminta mengulas mengenai kes amalan memeriksa pelajar perempuan secara fizikal untuk membuktikan mereka datang haid.
Radzi berkata pihaknya juga sedang berusaha mengesan kes seumpama itu di sekolah berasrama di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), dan setakat ini tiada sebarang maklumat amalan itu wujud.
Tegasnya KPM akan mengambil tindakan susulan jika maklumat yang disebarkan disertakan maklumat lengkap seperti kes-kes lain sebelum ini.
Beliau memberi contoh kes di Batu Pahat, Johor iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Luar yang dikatakan mengasingkan kegiatan kokurikulum berdasarkan bangsa pelajarnya.
Katanya dalam kes itu siasatan KPM mendapati perkara itu memang berlaku, dan beliau sendiri telah mengeluarkan kenyataan mengenainya.
"... tapi bagi isu itu (pemeriksaan haid), kami sedang periksa sehingga sekarang, kami 'check' satu-satu, semua bahagian kami tanya dan jawapannya, tiada," katanya.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan pelajar di beberapa buah sekolah yang tidak dinamakan mendakwa amalan memeriksa pelajar perempuan secara fizikal untuk membuktikan mereka datang bulan dikatakan berlaku sejak 20 tahun lepas.
Sementara itu, Radzi turut mengulas mengenai penyebaran video Tik Tok seorang pelajar sekolah menengah di Selangor yang mendakwa seorang guru mata pelajaran pendidikan jasmani bergurau secara keterlaluan yang merujuk kepada perbuatan rogol.
"Ia telah jadi kes polis, kita tak nak sentuh banyak. Namun perbuatan itu tak sepatutnya berlaku, semua kita pun tak setuju, lebih-lebih lagi ia melibatkan adab dan integriti anak-anak kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 26 2021

Radzi berkata pihaknya juga sedang berusaha mengesan kes seumpama itu di sekolah berasrama di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), dan setakat ini tiada sebarang maklumat amalan itu wujud. - Gambar fail

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Kerajaan digesa jelaskan ralat angka hasil Belanjawan 2024 - Radzi
Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Mohd Radzi Md Jidin berkata, ralat berkenaan membabitkan satu angka yang besar.

'Saya pantang orang tak bercakap benar' - Radzi Jidin
Mohd Radzi berkata beliau hanya kerana mahu mempertahankan maruah selain menyifatkan pantang dengan manusia tidak jujur.

PRN: Manifesto PN di peringkat akhir - Radzi
Manifetso yang ditawarkan Perikatan Nasional (PN) dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) kini berada di peringkat akhir untuk disia

Isu beban tugas guru: KPM sedang tingkatkan kecekapan sistem
Kementerian Pendidikan sedang meningkatkan kecekapan sistemnya dalam usaha memastikan masa guru dapat digunakan sebaiknya untuk mendidik pelajar.

'Raikan pengorbanan guru kita'
Program yang berlangsung di UMK Kampus Bachok itu akan dirasmikan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin dengan membawa tema Guru Tunjang Sekolah Sejahtera'.

SMK Bandar Saujana Putra bakal beroperasi Mac ini
Pemakluman lanjut berkaitan pendaftaran murid ke sekolah ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

Murid sekolah dibenarkan buat ujian kendiri di rumah - Radzi Jidin
Kementerian Kesihatan Malaysia telah membenarkan murid sekolah rendah menjalani ujian saringan kendiri COVID-19 di rumah masing-masing bermula minggu ini.

KPM kaji segala sudut hapuskan buli di sekolah - Radzi Jidin
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengkaji segala sudut dalam menangani isu buli di sekolah.

Maszlee terkejut lebih 21,000 pelajar berhenti sekolah
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik terkejut dan terkilan apabila mendapati sejumlah 21,316 pelajar di negara ini telah berhenti sekolah sejak Mac 2020 hingga Julai tahun ini.

COVID-19: Sesi persekolahan diteruskan - Radzi
Kementerian Pendidikan (KPM) komited meneruskan sesi persekolahan kerana prosedur operasi standard (SOP) di sekolah diyakini dapat mengawal penularan COVID-19.