KUALA LUMPUR: 'Pemeriksaan datang bulan' terhadap pelajar perempuan merupakan salah satu bentuk gangguan seksual.
Pakar Psikologi, SEGi University, Prof Mariani Md Nor berkata, ia boleh didefinisikan sedemikian kerana tindakan tersebut merupakan perlakuan yang membabitkan organ-organ seks tanpa kerelaan.
"Mereka yang melakukan ini tidak mempunyai empati kerana spotcheck datang bulan, kita tahu bahagian dalaman seperti seluar dalam kena dibuka dan ada kemungkinan alat sulit juga diperiksa. Ini sudah memalukan dan menjatuhkan maruah.
"Perkara ini dibuat tanpa kerelaan tapi pelajar-pelajar terpaksa akur dengan guru-guru atau pentadbir sekolah. Kita sebagai orang luar pun apabila mendengar, kita tahu ia tidak boleh diterima akal malah saya sendiri terkejut kerana impak psikologinya sangat besar kepada remaja," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, hari ini.
BACA: 'Pemeriksaan datang bulan': Guru yang terbabit perlu didakwa - Suhakam
Tambahnya, ketegasan dalam memberi pendidikan agama kepada pelajar bukan alasan untuk bertindak sedemikian, sebaliknya mereka sepatutnya mengambil pendekatan selari dengan apa yang dianjurkan dalam Islam.
"Sewajarnya mereka mengambil pendekatan yang lebih baik dan tidak menjatuhkan maruah. Guru-guru sudah dibekalkan dengan ilmu psikologi yang baik jadi sepatutnya mereka tahu bagaimana mahu mengawal dan memantau anak-anak remaja ini.
"Tanggungjawab guru bukan sahaja memberi ilmu pengetahuan tetapi juga membentuk personaliti dan sahsiah murid. Bagaimana sahsiah murid boleh berkembang dengan baik jika mereka diberi layanan begitu?
"Memang kita cakap, mahu didik dan periksan jika mereka sengaja ponteng puasa atau solat, tetapi jika bukan di sekolah pun, kita tahu hal ponteng ini berlaku juga di luar.
"Jadi janganlah ambil tindakan tidak munasabah kerana bagi saya, remaja ini perlu dijaga dengan sebaik mungkin kerana mereka adalah barisan pelapis generasi akan datang," ujarnya.
Sebelum ini tular di laman Twitter beberapa pelajar mendedahkan amalan pemeriksaan itu terjadi di sekolah, dan mereka mendakwa turut diminta membuka pakaian dalam bagi membuktikan mereka sedang dalam haid dan tidak boleh berpuasa.
Madiha Abdullah
Sat Apr 24 2021

Prof Mariani (gambar) berkata, ia boleh didefinisikan sebagai gangguan seksual kerana tindakan tersebut merupakan perlakuan yang membabitkan organ-organ seks tanpa kerelaan. - Gambar fail

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

Pencen Awal: Pendidik minta lantik pembantu guru, naikkan gred Guru Cemerlang sekolah rendah
Beban tugasan guru-guru di sekolah perlu diringankan, di samping menyediakan ganjaran yang sewajarnya kepada perkhidmatan mereka dalam mendidik generasi bangsa.

Kerajaan peruntuk RM9 juta hantar guru jalani kursus kepimpinan, AI di luar negara
Ia merupakan projek perintis KPM tahun ini khusus untuk meningkatkan kemahiran guru dalam bidang kepimpinan dan kecerdasan buatan.

Sesi persekolahan di 11 negeri hari ini berjalan lancar
Semalam, sesi sama telah dimulakan awal di Kedah, Terengganu dan Kelantan melibatkan 632,268 pelajar daripada Kumpulan A.

Guru bersara awal pilihan peribadi, pentadbiran perlu bersifat manusiawi - Fadhlina
Fadhlina berkata, terdapat pelbagai faktor termasuk kesihatan dan tanggungjawab keluarga yang mempengaruhi keputusan mereka.

KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa Inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.

Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.

Polis rujuk kertas siasatan dakwaan ibu anaknya dipukul guru
Polis merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah dipukul guru.

Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.

Ibu tiga kali buat laporan polis, dakwa anak dipukul guru
Seorang ibu membuat tiga laporan polis mendakwa anaknya dipukul guru sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada badan, tapak tangan dan kepala.

KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.