KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menyiasat dan memantau sekolah didakwa melakukan "pemeriksaan datang bulan" terhadap pelajar perempuan semasa bulan Ramadan.
Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, beliau memandang serius perkara itu dan ia tidak sewajarnya berlaku, justeru siasatan akan dijalankan bagi memastikan perkara itu tidak berulang.
"Perkara ini tak wajar dan tak sepatutnya berlaku di sekolah, jadi saya pandang serius, saya akan buat susulan dengan kementerian berkaitan seperti Kementerian Pendidikan dan MARA supaya perkara ini tak terjadi lagi. Ia amat mengejutkan, tidak boleh diterima pun pada akal fikiran kita," katanya kepada media selepas merasmikan program Srikandi Muda Leadership Empowerment 2021 hari ini.
Semalam, Pengerusi MARA, Datuk Azizah Mohd Dun menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya sudah menggerakkan siasatan dalaman bagi meneliti dakwaan terdapat sekolah melakukan pemeriksaan sedemikian bagi mengelak pelajar ponteng solat ketika bulan puasa.
Sebelum ini tular di laman Twitter beberapa pelajar mendedahkan amalan pemeriksaan itu terjadi di sekolah, dan mereka mendakwa turut diminta membuka pakaian dalam bagi membuktikan mereka sedang dalam haid dan tidak boleh berpuasa. - BERNAMA
Bernama
Fri Apr 23 2021

Menyiasat pelajar perempuan sama ada datang haid atau sebaliknya merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima pada akal fikiran manusia, kata Rina Harun. - Gambar BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Jangan 'tutup mata' isu kemiskinan haid - Pakar
Ada pelajar perempuan di negara ini sanggup ponteng sekolah semata-mata kerana tidak selesa dan malu kerana tidak mampu membeli tuala wanita.

'Period spot checks' langgar hak, salah di sisi undang-undang
Hal ini kerana, wujudnya unsur-unsur gangguan dan penderaan seksual ketika melakukan perbuatan tersebut.

'Pemeriksaan datang bulan': Guru yang terbabit perlu didakwa - Suhakam
Noor Aziah juga berkata, perlakuan itu membuktikan wujudnya unsur-unsur gangguan dan penderaan seksual ketika melakukan perbuatan tersebut.

'Pemeriksaan datang bulan' tidak sepatutnya berlaku - Rina
Menyiasat pelajar perempuan sama ada datang haid atau sebaliknya merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima pada akal fikiran manusia.

Netizen kecoh, emoji 'datang bulan' bakal dilancar
Emoji datang bulan akan dilancarkan tidak lama lagi, selepas kempen mengenainya menggunakan hashtag #PeriodEmoji giat dijalankan

'Pondok datang bulan' ragut mangsa tradisi kuno lagi
Seorang wanita warga Nepal maut selepas dipercayai sesak nafas akibat asap daripada api yang dinyalakan ketika berlindung di dalam sebuah pondok haid, satu tradisi lama yang banyak mendapat kecaman.

Usah ragu-ragu status haji kerana kedatangan haid
Ramai jemaah wanita beranggapan bahawa ibadah wukuf di Arafah dan melontar di Jamrah memerlukan mereka untuk suci daripada haid terlebih dahulu.

Wilayah di China luluskan cuti akibat datang bulan
Wanita yang mengalami ketidakselesaan atau kesakitan akibat datang bulan boleh mengambil cuti sehingga dua hari.