KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menawarkan pemeriksaan gigi percuma termasuk pembersihan karang gigi atau scaling dan tampalan sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pegawai Pergigian di Klinik Kesihatan Seremban Dr Nor Azmina Ahmad Roslan berkata menerusi perkhidmatan klinik pergigian bergerak yang disediakan, pengunjung akan melalui proses tertentu sebelum menerima rawatan.
"Mereka perlu mendaftar di kaunter terlebih dahulu dan menjalani pemeriksaan gigi ringkas dan bagi gigi yang memerlukan scaling atau tampalan, kita akan lakukan prosedur berkenaan dalam bas khas (klinik bergerak).
"Kita sasar 100 orang sehari akan dapatkan pemeriksaan sepanjang program ini dan setakat ini lebih 70 orang sudah mendaftar," katanya ketika ditemui Bernama pada program itu.
Selain klinik pergigian bergerak, KKM turut menganjurkan kempen derma darah dan saringan kesihatan.
Sementara itu, Dr Nor Azmina berkata masyarakat harus membuang stigma bahawa memberus gigi dengan kuat dan menggunakan berus gigi berbulu keras menjadikan gigi lebih bersih.
Beliau menjelaskan masalah gusi merupakan masalah gigi umum bagi golongan dewasa disebabkan cara memberus tidak betul dan memberus dengan tekanan kuat.
"Cara memberus gigi yang betul adalah menggunakan berus gigi lembut serta ubat gigi berflorida dan perlu ambil masa sekitar dua minit untuk setiap kali proses, serta melihat cermin semasa memberus bagi memastikan sampai kepada seluruh permukaan gigi," katanya.
Meskipun kesedaran terhadap kesihatan gigi semakin meningkat, masih terdapat dalam kalangan masyarakat memandang remeh penjagaan gigi, justeru Dr Nor Azmina menasihatkan orang ramai untuk menjalani pemeriksaan gigi enam bulan sekali atau sekurang-kurangnya setahun sekali.
Sementara itu, pengunjung Abdul Rahman Omar, 37, ketika ditemui berkata beliau menjalani pemeriksaan di klinik bergerak itu untuk mengetahui tahap terkini kesihatan giginya.
"Kali terakhir saya periksa gigi awal tahun lepas dan saya gunakan peluang yang ada di program ini untuk buat pemeriksaan terkini, prosesnya juga cepat," katanya.
Penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari bermula semalam, dari 9 pagi hingga 10 malam, memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023

Pengunjung akan melalui proses tertentu sebelum menerima rawatan. - Gambar hiasan

Bekas banduan beri sokongan, miliki bahan berkaitan pengganas Daish dipenjara 15 tahun
Seorang bekas banduan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan berbaiah, memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.

Pelantikan Naib Canselor tidak dibuat semberono - Zambry
Pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sesebuah universiti awam tidak dibuat secara semberono atau berdasarkan faktor politik seperti yang disebarkan di media sosial atau surat layang.

KBS pertimbang gunakan teknologi dan inovasi dalam sukan untuk tarik tajaan korporat
Kementerian Belia dan Sukan sedang mempertimbangkan penggunaan teknologi dan inovasi dalam sukan.
Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan
Kebakaran sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat kepada fenomena jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara, seterusnnya boleh memberi kesan kepada aktiviti ekonomi dan masyarakat.
Malaysia akan cadang inisiatif AI kepada Sekretariat ASEAN
Speaker Dewan Rakyat yang juga Presiden Perhimpunan Agung antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46, Tan Sri Johari Abdul berkata Malaysia akan mencadangkan inisiatif kecerdasan buatan (AI) kepada Sekretariat ASEAN untuk kemajuan serantau.

3,670 laman sesawang bersifat lucah disekat sehingga 15 Feb lepas - Fahmi
Sejumlah 3,670 laman sesawang bersifat lucah disekat dari 2022 sehingga 15 Feb lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Pemukiman Menteri-Menteri Pertahanan buka tirai
Lintas langsung bersama wartawan Astro AWANI, Khalis Khadir yang mengikuti sesi pemukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN di Pulau Pinang.
Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) bermula pada Selasa
Sesi Permukiman Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) bermula pada Selasa di Batu Feringhi sehingga 27 Februari akan datang dengan kehadiran Menteri-menteri dan pegawai dari negara-negara anggota.
Pantau Agenda Reformasi: Apa tindakan selepas laporan Ketua Audit?
Pantau Agenda Reformasi bersama Datuk Seri Akhbar Sattar memberikan analisis mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan pada Selasa

PERKESO perkasa program Rawatan Bencana Kerja, manfaatkan pencarum Akta 4
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperkasa Program Rawatan Bencana Kerja (RBK) bagi memudahkan urusan serta meringankan beban pencarum yang mengalami kemalangan di tempat kerja.

KKM sasar turunkan prevalens bantut kepada 14.2 peratus menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.

Penyakit kusta: PKD ambil langkah proaktif, lakukan pencegahan awal
PKD melakukan pencegahan awal terhadap penyakit kusta menerusi saringan dan pemeriksaan terhadap penduduk di Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan KOA Guntur di sini, sejak Ogos lepas.

Wabak kusta: KKM minta jangan terpengaruh dengan sumber tidak tepat
KKM meminta agar masyarakat tidak bimbang dan terpengaruh dengan sebarang spekulasi atau sumber tidak tepat berhubung wabak kusta di Kampung Orang Asli Chergun dan Guntur, Kuala Pilah.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM
Warga emas, iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik tersenarai, boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma bermula 18 Feb ini.

Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.

Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.