Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata tawaran itu tidak akan kekal selamanya dan akan berakhir pada bila-bila masa sebaik sahaja pelaksanaannya memasuki penggal ketiga nanti.
Beliau berkata Negeri Sembilan merupakan negeri pertama melaksanakan pertukaran pemilikan hartanah, seperti dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018.
"Saya minta masyarakat tidak menunggu. Program ini sudah dilaksanakan (dan) memasuki penggal kedua, mungkin penggal ketiga kita akan tamatkan. Jadi, semua pemilik di semua daerah diharapkan dapat ambil tindakan segera," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Aminuddin berkata hanya pemilik asal rumah pada 2018 boleh membuat permohonan pertukaran di PDT manakala wakil atau pewaris hartanah tidak dibenarkan berbuat demikian.
-- BERNAMA
