Pemilik kedai emas terkenal di Lebuh Ampang Abdul Rasull Abdul Razak cedera akibat ditembak dalam satu cubaan merompak pagi ini.
Perkara ini disahkan kepada Astro Awani oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad.
Pemilik Abdul Razak Jewellers itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur akibat cedera terkena tembakan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairy Ahrasa, kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi ketika empat pekerja premis terbabit sedang menyusun barang kemas yang terdapat di kedai itu.
“Premis itu kemudiannya didatangi oleh empat lelaki dimana dua darinya telah masuk ke dalam kedai itu manakala dua lagi berjaga di luar kedai. Salah seorang lelaki yang masuk ke dalam kedai itu kemudiannya bertindak melompat ke ruang pekerja manakala seorang lagi berdiri di ruang pelanggan,” kata Zainuddin.
Pemilik kedai emas berumur 58 tahun itu telah melihat kejadian lalu cuba menerpa untuk menangkap salah seorang suspek yang berada di ruang pekerja itu.
“Namun, tindakannya itu disedari oleh dua lagi suspek yang berada di luar kedai yang kemudiannya melepaskan tembakan dan mengena bahu serta perut pemilik kedai itu,” katanya lagi.
Perompak-perompak itu kemudian bertindak melarikan diri tanpa sempat melarikan barang kemas dari kedai itu.
“Siasatan awal polis mendapati suspek-suspek tersebut berpakaian jaket hitam dan memakai topi keledar dan kita percaya salah seorang dari suspek memiliki pistol. Kita menemui tiga kelongsong peluru dan satu serpihan ‘kelonsong peluru’ yang digunakan,” beliau berkata.
Usaha untuk mengesan suspek melalui CCTV di sekitar premis tersebut masih lagi dijalankan dan saksi yang melihat kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan.
Tinjauan Astro Awani di kawasan kejadian petang tadi menunjukkan kedai itu ditutup dan tiada sebarang aktiviti kelihatan.
Namun, selepas setengah jam, kedai itu dibuka dari dalam dan muncul anak lelaki Abdul Rasull bersama peguam serta saudara-maranya dari dalam kedai tersebut.
Pemuda berusia 24 tahun itu berkata ini adalah kali pertama kejadian seperti itu berlaku di kedai bapanya ataupun di kedai lain yang terdapat di sepanjang jalan yang sibuk itu.
"Setakat ini doktor masih sedang mencuba merawat bapa saya. Saya tidak mendapat apa-apa lagi maklumat mengenai keadaannya," katanya.
Jalan Lebuh Ampang mempunyai lebih daripada lapan kedai emas.
Walaupun kejadian tersebut terjadi sangat hampir dengan kedai-kedai emas lain, kedai-kedai itu tetap berniaga seperti biasa.
Seorang pekerja dari kedai bersebelahan Abdul Razak Jewellers memberitahu bahawa walaupun risau tentang keselamatannya, perniagaan harus diteruskan.
Kes kini disiasat dibawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
T K Letchumy Tamboo
Tue Sep 03 2013
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
Pemilik kedai emas Abdul Razak Jewellers ditembak di Lebuh Ampang
Pemilik kedai emas terkenal di Lebuh Ampang Abdul Rasull Abdul Razak cedera akibat ditembak dalam satu cubaan merompak pagi ini.