KUALA LUMPUR: Pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi daripada golongan B40 dan M40 di Semenanjung, layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).
Kementerian Kewangan menerusi kenyataan hari ini memaklumkan pemilik kenderaan diesel persendirian berdasarkan kriteria kelayakan tertentu, boleh membuat permohonan di bawah kategori BUDI Individu, manakala petani kecil dan pekebun kecil boleh memohon di bawah kategori BUDI Agri-Komoditi.
"Penerima yang layak di bawah kedua-dua kategori, akan disalurkan BUDI MADANI sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel," menurut kenyataan itu.
Kementerian Kewangan memaklumkan, pelaksanaan itu susulan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lepas, berhubung keputusan Jemaah Menteri untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel melibatkan pengguna di Semenanjung.
Menurut kenyataan itu kriteria kelayakan bagi kategori BUDI Individu ialah, pemohon merupakan warganegara Malaysia; memiliki kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selain kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun.
Selain itu, kenderaan dimiliki mempunyai cukai jalan yang aktif; dan pendapatan tahunan individu atau pasangan berjumlah RM100,000 dan ke bawah.
"Setiap permohonan diterima akan disemak silang dengan data di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bagi mengecualikan pemilik kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun dan individu berpendapatan tinggi (T20)," menurut kenyataan itu.
Bagi BUDI Agri-Komoditi, kriteria kelayakan adalah pemohon berdaftar sebagai petani atau pekebun kecil dengan agensi berkaitan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), serta pemohon merupakan petani atau pekebun kecil komoditi yang aktif dengan hasil jualan pertanian tahunan antara RM50,000 dan RM300,000.
Menurut kenyataan itu permohonan BUDI MADANI boleh dibuat secara dalam talian di laman web https://budimadani.gov.my, yang akan dibuka sepanjang tahun.
"Bagi permohonan yang dibuat dan diluluskan sebelum 3 Jun 2024, pemohon akan menerima BUDI MADANI pertama mereka menjelang pertengahan Jun 2024 dan bantuan seterusnya akan disalurkan secara bulanan.
"Bagi permohonan yang diluluskan selepas 3 Jun 2024, akan menerima BUDI MADANI pertama dalam tempoh dua minggu dan seterusnya secara bulanan," menurut kenyataan.
Kementerian Kewangan memaklumkan BUDI MADANI akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima setiap bulan, manakala penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung.
Untuk memohon dan mengetahui lebih lanjut berhubung syarat kelayakan BUDI MADANI, orang ramai boleh melayari https://budimadani.gov.my atau boleh menghubungi talian bantuan BUDI MADANI di nombor 1-800-88-2747 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566 atau secara e-mel di alamat [email protected].
Pertanyaan dan maklumat lanjut juga boleh diperoleh di semua pejabat LHDN seluruh Semenanjung.
Sementara itu, Kementerian Kewangan dalam kenyataan sama memaklumkan program BUDI MADANI melengkapi usaha sedia ada kerajaan dalam menyasarkan subsidi diesel, melalui sistem MySubsidi Diesel kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Setakat ini, hampir 90,000 Fleet Card dikeluarkan kepada syarikat di bawah sektor pengangkutan awam darat dan sektor pengangkutan barangan darat.
Fleet Card membolehkan syarikat logistik yang layak untuk membeli diesel bersubsidi di stesen-stesen minyak, bagi memastikan kesan kos yang minimum kepada rantaian nilai logistik dan bekalan, secara langsung mengurangkan risiko kenaikan harga barangan keperluan rakyat.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata menerusi pelaksanaan BUDI MADANI, kerajaan telah memperluas bantuan tunai kepada individu dan petani kecil dan pekebun kecil komoditi, menjelang pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
"Seperti yang sering kali ditekankan oleh Perdana Menteri, penyasaran subsidi diesel merupakan antara langkah reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI, bagi membina kemampanan kewangan kerajaan serta Malaysia yang lebih berdaya saing.
"Ikhtiar BUDI MADANI mencerminkan usaha bersepadu jentera Kerajaan MADANI dalam memastikan mekanisme penyasaran subsidi diesel adalah komprehensif, cekap dan berkesan supaya sektor logistik dan majoriti rakyat terus dilindungi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2024

Pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu daripada golongan B40 dan M40 di Semenanjung, layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei). - Gambar fail/dpa

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Kerajaan masih tanggung perbelanjaan subsidi diesel - Rafizi Ramli
Walaupun harga diesel diapungkan, masih terdapat sektor-sektor yang harganya diberikan subsidi kepada golongan tertentu seperti nelayan.

Dasar pendidikan digital, BUDI MADANI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ahmad Johnie akan bertanyakan Menteri Pendidikan berkaitan jumlah guru terlatih untuk mengaplikasikan teknologi digital di Sarawak.

Subsidi Diesel: MOF lulus 100,000 permohonan BUDI MADANI
100,000 pemohon bantuan subsidi diesel BUDI MADANI telah diluluskan bagi pemilik kenderaan diesel individu, serta petani dan pekebun kecil

KPDN teliti permohonan tambahan kenderaan layak subsidi diesel
KPDN sedang meneliti asas permohonan dan rayuan beberapa pihak berhubung penambahbaikan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Bantuan BUDI MADANI beri penjimatan, kurangi beban rakyat
Sejumlah 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan akan terus menikmati diesel bersubsidi.

Harga baharu diesel mampu lonjak pertumbuhan KDNK, BUDI MADANI kurangkan beban rakyat
Barjoyai berkata, ia berdasarkan kadar penggunaan bahan api itu di Malaysia yang mencatatkan peningkatan 10.8 bilion liter pada tahun lalu.

BUDI MADANI tiada tarikh tutup, individu layak digesa kemuka permohonan - Amir Hamzah
Permohonan bantuan subsidi tunai berjumlah RM200 sebulan di bawah inisiatif BUDI MADANI tiada tarikh tutup dan individu berkelayakan digesa memohon untuk mendapat manfaat.

80 peratus pengguna diesel dapat bantuan tunai di bawah Program BUDI MADANI - Menteri Kewangan II
80 peratus pengguna diesel akan mendapat bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan di bawah Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

BUDI MADANI: Lebih 30,000 pemohon terima bantuan tunai RM200 Isnin ini
Kementerian Kewangan berkata, bantuan tunai pertama sebanyak RM200 akan disalurkan melalui akaun bank penerima.

Program BUDI MADANI sumbang kestabilan bekalan makanan negara - Pakar
Hafizan berkata, bantuan tunai bulanan RM200 melalui program itu dapat mengurangkan kos operasi petani, pekebun dan penternak kecil.