Skip to main content

Malaysia

Pemilik, pengusaha bas sekolah segera kemas kini maklumat di portal APAD

APAD meminta pemilik dan pengusaha bas sekolah mengemas kini maklumat pemandu mulai hari ini hingga 30 Oktober untuk penyaluran Bantuan Khas Kewangan RM1,000. -Gambar fail
APAD meminta pemilik dan pengusaha bas sekolah mengemas kini maklumat pemandu mulai hari ini hingga 30 Oktober untuk penyaluran Bantuan Khas Kewangan RM1,000. -Gambar fail

Advertisement

Ringkasan AI

  • APAD meminta pemilik dan pengusaha bas sekolah mengemas kini maklumat pemandu mulai hari ini hingga 30 Oktober untuk penyaluran Bantuan Khas Kewangan RM1,000.
  • Pengemaskinian maklumat boleh dilakukan melalui portal rasmi APAD, melibatkan data peribadi, lesen memandu, lesen PSV dan nombor akaun bank pemandu.
  • Pembayaran bantuan akan dilaksanakan secara berfasa mulai 22 Oktober, dengan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan proses berjalan lancar sebelum Deepavali.

PUTRAJAYA: Semua pemilik dan pengusaha bas sekolah diminta mengemas kini maklumat pemandu masing-masing bermula hari ini hingga 30 Okt bagi membolehkan penyaluran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,000 berjalan lancar. 

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam kenyataan hari ini memaklumkan proses pengemaskinian maklumat boleh dilakukan melalui Portal Rasmi APAD https://bantuanpemandu.mot.gov.my/bas-sekolah.

Maklumat yang perlu dikemas kini ialah nama dan alamat terkini pemandu, nombor telefon pemandu, maklumat lesen memandu yang masih sah laku, maklumat lesen vokasional (PSV) yang masih sah laku dan nombor akaun bank pemandu (penerima sahaja).

“APAD mengambil maklum hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar penyaluran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,000 kepada pemandu bas sekolah di seluruh negara dapat diselesaikan sebelum sambutan perayaan Deepavali tahun ini,” menurut kenyataan itu.

APAD telah melaksanakan libat urus bersama dengan Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia serta Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Kuala Lumpur dan Selangor bagi memastikan proses semakan kelayakan dan pembayaran bantuan dapat dilaksanakan dengan teratur, tepat serta lancar.

Antara beberapa langkah dipersetujui ialah semakan dan pengesahan semula data pemandu bas sekolah dalam pangkalan data APAD, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) termasuk status kesahan lesen memandu dan PSV berkaitan bagi memastikan maklumat penerima memenuhi keperluan kelayakan ditetapkan.

Pembayaran bantuan akan dilaksanakan secara berfasa mulai 22 Okt ini.

APAD menyeru semua pemilik dan pengusaha bas sekolah agar mengambil tindakan segera dalam tempoh ditetapkan serta memastikan semua maklumat yang dikemukakan adalah tepat, lengkap dan terkini.

“Kerjasama ini amat penting bagi melancarkan proses pengesahan kelayakan serta mempercepat penyaluran bantuan kepada pemandu bas sekolah yang layak,” menurut kenyataan itu.

 APAD komited untuk bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan pelaksanaan inisiatif itu berjalan lancar demi kebajikan pemandu bas sekolah di seluruh negara, selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk membantu golongan yang terlibat dalam sektor pengangkutan awam.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kira-kira 53,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah dijangka menerima bantuan kewangan secara sekali beri sebanyak RM1,000 setiap seorang sebelum sambutan Deepavali.

-- BERNAMA

 

 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah tujuan pengemaskinian maklumat pemandu bas sekolah yang diminta oleh APAD? 
    A: Pengemaskinian maklumat diperlukan bagi memastikan penyaluran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,000 kepada pemandu bas sekolah berjalan lancar.
  • Q: Bagaimana dan bila proses pengemaskinian maklumat pemandu bas sekolah boleh dilakukan? 
    A: Proses pengemaskinian boleh dilakukan melalui Portal Rasmi APAD di https://bantuanpemandu.mot.gov.my/bas-sekolah bermula hari ini hingga 30 Oktober.
  • Q: Apakah maklumat yang perlu dikemas kini oleh pemilik dan pengusaha bas sekolah? 
    A: Maklumat yang perlu dikemas kini ialah nama dan alamat terkini pemandu, nombor telefon, maklumat lesen memandu dan lesen vokasional (PSV) yang masih sah laku, serta nombor akaun bank pemandu.
  • Q: Bilakah pembayaran Bantuan Khas Kewangan akan dilaksanakan? 
    A: Pembayaran bantuan akan dilaksanakan secara berfasa mulai 22 Oktober.
  • Q: Berapakah jumlah pemandu yang dijangka menerima bantuan dan berapakah jumlah bantuan yang akan diterima? 
    A: Kira-kira 53,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah dijangka menerima bantuan kewangan secara sekali beri sebanyak RM1,000 setiap seorang sebelum sambutan Deepavali.

Must Watch Video

Advertisement