KOTA BHARU: Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan memalsukan maklumat untuk mendapatkan insentif melalui Program Penjana Kerjaya 1.0 (Penjana Kerjaya).
Tertuduh, Muhamad Hilmi Zolkifli, 35, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Dazuki Ali selepas pertuduhan dibacakan.
Muhamad Hilmi dituduh menggunakan nama sembilan individu dengan jumlah berbeza membabitkan nilai keseluruhan sebanyak RM28,000.
Kesemua individu berkenaan sebenarnya bukan pekerja syarikat milik tertuduh.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah syarikat di Kompleks Perniagaan Saidina Ali, Kok Lanas antara 21 Julai 2020 hingga 6 Oktober 2020.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mariah Omar dan Tengku Tuan Nurul Haziqah Yacob manakala tertuduh diwakili peguambela, Yvonne Gan.
Tengku Tuan Nurul Haziqah sebelum itu memohon tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM20,000 dan syarat lain ialah melaporkan diri di SPRM setiap bulan, tidak mengganggu saksi dan menyerahkan pasport sekiranya ada.
Bagaimanapun, hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan syarat tambahan yang dimohon dan menetapkan 31 Mac depan untuk sebutan semula kes.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memberikan maklumat palsu kepada Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Melaka, Nurshahera Nordin, 34, secara dalam talian dengan mendaftarkan nama sembilan individu ke dalam portal Penjana Kerjaya bagi mendapatkan insentif antara RM1,600 hingga RM4,000.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama.
Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 26 2024

Muhamad Hilmi dituduh menggunakan nama sembilan individu dengan jumlah berbeza membabitkan nilai keseluruhan sebanyak RM28,000. - Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Pemilik syarikat dituduh palsukan maklumat Penjana Kerjaya
Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan memalsukan maklumat untuk mendapatkan insentif melalui Program Penjana Kerjaya 1.0 (Penjana Kerjaya).

Pemilik syarikat didenda RM14,000 kemuka dokumen palsu tuntut insentif Penjana Kerjaya
Seorang pemilik syarikat didenda RM14,000 kerana mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 (Penjana).

Pemilik syarikat, pekerja didakwa kemuka dokumen palsu tuntut insentif Penjana Kerjaya
Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Perkeso bagi menuntut insentif Penjana Kerjaya.

Penjana Kerjaya: Bekas pereka dalaman didakwa beri dokuman palsu
Seorang bekas pereka dalaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0.

Penjana Kerjaya: Pengurus syarikat didenda RM45,000 tipu Perkeso
Seorang pengurus syarikat didenda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menipu ejen Perkeso.

Penjana Kerjaya: Kemuka dokumen palsu, pemilik syarikat didenda RM25,000
Seorang pemilik syarikat didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan Dana Insentif Program Penjana Kerjaya 1.0.

Penjana Kerjaya: Pemilik syarikat didakwa kemuka dokumen palsu
Seorang pemilik syarikat elektrik dan elektronik didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial.

Tiga mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu program Penjana Kerjaya
Tiga individu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu kepada Perkeso bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 dengan jumlah keseluruhan RM136,100.

Penjana Kerjaya: CEO, pengarah syarikat ditahan
Kedua-dua individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan penyelewangan dana RM100 juta.

PEMULIH: Pelbagai inisiatif dilaksana bantu rakyat - Perkeso
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berkata, majikan boleh membuat permohonan PSU 4.0 mulai 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2021.