AMPANG: Polis telah merakam keterangan seorang pemimpin bahagian sebuah parti politik yang didakwa menggunakan gelaran 'Datuk' palsu untuk tujuan perniagaan dan peribadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya telah selesai merakam keterangan individu berkenaan.
"Semua sudah selesai, kita tunggu arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Sebelum ini, sebuah portal tempatan mendedahkan seorang pemimpin politik didakwa menggunakan gelaran Darjah Kebesaran Istana Pahang palsu untuk tujuan peribadi dan perniagaannya.
Wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ampang, Mohammad Afiq Tahar membangkitkan isu tersebut dengan membuat satu laporan polis pada 7 Mac lalu kerana mendapati wujud unsur-unsur penipuan oleh individu terbabit.
Mohammad Afiq berkata, pihaknya menerima surat semakan status Darjah Kebesaran Negeri Pahang daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, pada 23 Mac lalu.
Surat semakan itu mengesahkan individu berkenaan tidak dikurniakan sebarang pingat Darjah Kebesaran oleh Istana Pahang. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 09 2023

Asisten Komisioner Mohamad Farouk (foto) berkata, pihaknya telah selesai merakam keterangan individu berkenaan. -Foto Sinar Harian
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Pemimpin politik guna gelaran 'Datuk' palsu disiasat
Satu laporan polis telah dibuat pada 7 Mac lalu setelah didapati wujud unsur-unsur penipuan oleh individu terbabit.

Salah guna dana: Pemimpin tertinggi parti politik bakal didakwa SPRM?
Seorang pemimpin tertinggi sebuah parti politik dikatakan bakal didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.

Projek Jana Wibawa: 2 termasuk pemimpin kanan politik didakwa pada Selasa
Dua individu dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi Selasa berhubung kes projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Pasca PRU15: 30 ahli BN hadir menghadap Agong? Istana Negara terus jadi tumpuan
Setakat ini, hanya kenderaan yang membawa Ketua Setiausaha Negara dilihat tiba di Istana Negara sekitar 10.11 pagi tadi.

Isteri pemimpin India meninggal dunia diserang monyet
Penduduk tempatan turut mengadu berlaku serangan monyet ke atas kanak-kanak, wanita dan kaum lelaki hampir setiap hari di bandar itu.