KUCHING: Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Ketua Pembangkang Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh menzahirkan rasa sedih atas pemergian Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri James Jemut Masing, pagi Ahad.
Soon Koh berkata di sebalik semua perbezaan politik dan pertelingkahan antara mereka, kematian Masing disifatkanya sebagai satu kehilangan besar kepada Sarawak.
"Saya dan isteri mengenali Tan Sri James sejak zaman persekolahan lagi dan beliau adalah pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan pemimpin yang berkaliber.
"Ternyata beliau sememangnya layak untuk menjadi ahli politik yang berjaya dan kemuncak kerjayanya dengan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Kami akan merinduinya dan ucapan takziah kepada isteri serta keluarga," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Masing, Ahli Dewan Undangan Negeri Baleh meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah Sarawak (NSMC) di Petra Jaya, Kuching pada pukul 7.05 pagi. Beliau berusia 72 tahun.
Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Umum Sarawak pada September selepas disahkan positif COVID-19 dan kemudian dipindahkan ke NSMC untuk rawatan susulan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba' Kelalan Baru Bian berkata beliau mengenali Masing sejak mereka menjadi ahli Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) pada tahun 80-an.
"Kami bersama-sama menempuhi pelbagai perjuangan yang mencabar, PBDS menjadi pembangkang pada ketika itu. Walaupun laluan politik kami berbeza selepas itu, kami tetap berkawan dan berbual mesra setiap kali bertemu di DUN.
"Masing menyayangi Sarawak dan rakyat Sarawak. Beliau amat lantang dalam menyuarakan mengenai keperluan program vaksinasi dijalankan dengan segera semasa kemuncak pandemik COVID-19," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 31 2021

Soon Koh berkata di sebalik semua perbezaan politik dan pertelingkahan antara mereka, kematian Masing disifatkanya sebagai satu kehilangan besar kepada Sarawak.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pemimpin PSB sifatkan Masing pemimpin Dayak berkaliber
Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Ketua Pembangkang Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh menzahirkan rasa sedih atas pemergian Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing.