Pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan akan memberi manfaat besar kepada Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Justeru, beliau berkata kerajaan negeri bersedia menawarkan dan menerokai sektor yang sesuai di Kalimantan khususnya di Kalimantan Timur dan Kalimantan Utara.
"Apabila lihat keputusan ibu negara dipindahkan ke Kalimantan, kita berharap banyak manfaat bukan hanya di Kalimantan tetapi kepada Sabah, Sarawak dan Brunei.
"Ini sejajar dengan pelaburan di negara jiran yang turut menjadi tumpuan kerajaan negeri Sabah," katanya semasa melakukan kunjungan hormat kepada Gabenor Kalimantan Timur, Isran Noor di sini, pada Isnin.
Ia sempena lawatan kerja tiga hari beliau ke Balikpapan dan Tarakan bermula Isnin.
BACA: Pindah pusat pentadbiran dari Jakarta ke Kalimantan, Jokowi harapkan kerjasama Sabah, Sarawak
Dalam lawatan itu, beliau diiringi oleh dua timbalan ketua menteri Datuk Jaujan Sambakong dan Datuk Christina Liew serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Hashim Paijan.
Menurutnya terletak dalam kepulauan Borneo, Sabah dan Kalimantan mempunyai jalinan serumpun yang rapat khususnya kebudayaan, kesenian dan ekonomi.
BACA: Kalimantan ganti Jakarta sebagai ibu kota Indonesia?
Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Mohd Shafie berkata kerjasama dalam bidang pelancongan antara sektor yang dikenal pasti akan dipertingkatkan antara Sabah dan Kalimantan Timur.
Katanya kehadiran ramai pelancongan ke Sabah dapat dikongsi bersama dalam rantau ini.
"Ini antaranya menawarkan pakej pelancongan secara bersama kepada pelancong untuk datang ke Sabah dan ke Kalimantan," katanya.
BACA: Pemindahan ibu negara Indonesia mungkin buka lebih banyak penerbangan terus ke Sarawak
Dalam pada itu, Isran berkata sektor pendidikan dan pelancongan antara sektor telah dibincangkan untuk ditawarkan kerjasama antara Sabah dan Kalimantan Timur.
"Kita akan mengenal pasti bidang yang sesuai berasaskan keutamaan serta dilaksanakan secepat mungkin," katanya.
Menurut beliau, turut diberi keutamaan untuk direalisasikan adalah pelaksanaan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Kalimantan Timur antaranya ke Balikpapan dan Samarinda.
BACA: Pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan bagai satu magnet yang kuat - Penganalisis
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 30 2019

Mohd Shafie ketika mengadakan pertemuan dengan Isran (kiri) pada lawatan kerja Ketua Menteri Sabah itu di Balikpapan, Indonesia, 30 Sept, 2019. -- Foto ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemindahan ibu negara Indonesia beri manfaat besar kepada Sabah - Shafie
Sabah dan Kalimantan mempunyai jalinan serumpun yang rapat khususnya kebudayaan, kesenian dan ekonomi.

Feri terbakar dekat Pulau Jawa, 3 mayat ditemukan
Sejumlah 300 penumpang berjaya dipindahkan dalam operasi mencari dan menyelamat.

Landasan di Palu rosak, pesawat A400M bawa bantuan tidak dapat mendarat
Pegawai Memerintah 22 Skuadron Leftenan Kolonel Baharin Mohamad berkata keputusan supaya pesawat itu tidak mendarat di Palu dibuat atas faktor keselamatan.