KUALA LUMPUR: Seorang wanita tempatan yang ditahan berhubung kes ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap seorang pempengaruh media sosial disambung reman dua hari lagi selepas ditahan pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Sentul, Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, wanita terbabit disambung reman dua hari lagi sehingga Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan ke atas pempengaruh Rajeswary Appahu, 30, atau digelar 'Esha'.
Beliau berkata, pihaknya masih menunggu jawapan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi semakan maklumat butiran diri pemilik akaun lain yang terlibat.
"Setakat ini, seramai sembilan saksi sudah memberi keterangan kepada pihak polis.
"Kita jangkakan akan ada lagi saksi lain yang akan dipanggil untuk memberi keterangan," katanya pada Rabu.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun berkenaan ugutan dibuat di aplikasi TikTok terhadap Esha.
Katanya, siasatan polis mendapati pengadu telah terlihat dua hantaran di aplikasi tersebut di bawah penama @DulalBrothers dan @Alphaquinnsha mengenai fitnah dan ugutan terhadap Esha pada 30 Julai.
Menurutnya, kedua-dua akaun TikTok terbabit telah menggunakan gambar Rajeswary (Esha) sebagai latar belakang kandungan video yang telah dimuat naik ke akaun masing-masing.
Jelasnya, kandungan tersebut juga didapati mengandungi ugutan dan ancaman kepada Rajeswary (Esha) selain menggunakan kata-kata kesat serta lucah.
Jelas beliau, hasil semakan polis mendapati tohmahan dan fitnah yang dilaporkan wujud berdasarkan tangkap layar yang dikemukakan oleh pengadu kepada pihak polis, namun ia disyaki telah dipadam oleh kedua-dua pemilik akaun TikTok terbabit.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berhubung ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana menyebarkan kenyataan jelik dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana kelakuan aib. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 10 2024
Wanita terbabit disambung reman dua hari lagi sehingga Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan ke atas pempengaruh Rajeswary Appahu, 30, atau digelar 'Esha'. - Gambar hiasan
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Gencatan senjata: Ini satu kejayaan selepas 400 hari perjuangan - Biden
Perjanjian yang kompleks ini merangkumi fasa gencatan senjata awal selama enam minggu dan termasuk penarikan berperingkat tentera Israel dari Semenanjung Gaza serta pembebasan tebusan yang ditahan oleh Hamas sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel
Pempengaruh maut: Wanita disambung reman dua hari lagi
Seorang wanita tempatan yang ditahan berhubung kes ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap seorang pempengaruh media sosial disambung reman dua hari lagi selepas ditahan pada Isnin.