Seorang nelayan dikhuatiri hilang selepas terjatuh ketika menangkap ikan di perairan Pulau Kukup, Pontian pada petang Jumaat.
Ketika kejadian, mangsa Putra Aminurrashid, 21, bersama dua lagi rakannya sedang menangkap ikan sebelum terjatuh disebabkan hilang keseimbangan akibat gelombang laut.
Timbalan Pengarah (Operasi), Maritim Johor Bahru, Komander Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, sejurus sahaja menerima panggilan kecemasan pada jam 6.45 petang, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Daerah Maritim Johor Bahru mengerakkan KM Nipah ke lokasi bagi mencari mangsa yang hilang.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini turut disertai oleh Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta dibantu nelayan tempatan.
"Pada petang semalam, kawasan pencarian tertumpu di kawasan mangsa hilang iaitu lebih kurang 0.2 batu nautika selatan Pulau Kukup," katanya.
Tambahnya lagi, SAR yang diteruskan pagi ini masih gagal menemukan mangsa selain kawasan pencarian diperluas hingga 12 batu nautika.
Katanya, operasi itu dikoordinasikan Maritim Malaysia melalui MRSC Johor Bahru.
Beliau mengingatkan semua komuniti maritim agar memaklumkan kepada Maritim Malaysia dengan segera sekiranya berlaku sebarang kemalangan di laut, agar kejadian kecemasan dapat disalurkan dengan pantas.
Astro Awani
Sat Dec 16 2017

Mangsa dikatakan terjatuh disebabkan hilang keseimbangan akibat gelombang laut. - Gambar ihsan Maritim Malaysia

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Pemuda dikhuatiri hilang selepas terjatuh ketika menangkap ikan
Seorang nelayan dikhuatiri hilang selepas terjatuh ketika menangkap ikan di perairan Pulau Kukup, Pontian pada petang Jumaat.