KUALA LUMPUR: Biro Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa agar isu pengiktirafan sijil vaksin diperhalusi dan dibincang di peringkat antarabangsa khususnya ASEAN dengan kadar segera.
Menurut Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda UMNO, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham perkara tersebut perlu dilakukan bagi memastikan kejadian menimpa 15 orang pelancong Malaysia yang disekat memasuki Filipina tidak berulang.
Tegas Ikmal Hazlan, pertikaian berhubung kesahihan sijil digital MySejahtera adalah tidak berasas kerana ia diterima pakai oleh negara lain termasuk Amerika Syarikat.
"Kita semua sedia maklum bahawa jenis vaksin yang disediakan oleh kerajaan Malaysia telah pun diiktiraf di peringkat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Pertikaian berkenaan kesahihan sijil digital vaksinasi MySejahtera adalah tidak berasas kerana ianya turut diterima pakai oleh negara maju seperti Amerika Syarikat dan Singapura.
"Kerajaan Filipina tidak seharusnya menafikan hak pelawat antarabangsa kerana hak tersebut telahpun ditetapkan oleh kerajaan Filipina sendiri dan komuniti antarabangsa yang lain," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebooknya pada Isnin.
Seramai 15 pelancong Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino Manila selepas kumpulan itu tidak dibenarkan memasuki Filipina oleh pihak imigresen berikutan menerima vaksin di Malaysia.
BACA: 7 rakyat Malaysia terkandas di lapangan terbang Manila dibenar masuk ke Filipina
BACA: 15 pelancong Malaysia terkandas di Filipina
Menurut portal The Star pada Ahad, seorang penumpang dilaporkan berkata, mereka dimaklumkan oleh pihak imigresen negara itu bahawa sijil vaksin digital dalam aplikasi MySejahtera tidak diterima sebagai bukti vaksinasi.
Astro Awani
Mon Feb 14 2022
Ikmal Hazlan berkata pertikaian berkenaan kesahihan sijil digital vaksinasi MySejahtera adalah tidak berasas. - Foto fail
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Pemulihan ekonomi Palestin melalui Bandar Wakaf Gaza
Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza yang bakal dilancarkan selepas Ramadan ini bakal menjadi model pertama pembangunan wakaf Malaysia di Palestin sekali gus memperlihatkan bukti solidariti negara terhadap rakyat Palestin.
MyDigital ID diperlukan untuk log masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt
MyDigital ID Diperlukan Untuk Log Masuk Kedalam Aplikasi MyJPJ Bermula 10 Oktober Ini
Penyelidikan komponen penting tingkat status kesihatan pergigian - KKM
Persidangan NOHRI merupakan platform penting untuk memperkasakan perkhidmatan kesihatan pergigian melalui penyelidikan dan pendekatan inovatif berdasarkan data.
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
COVID-19: Kes melonjak ke 20,696, KKM harap dapat kawal peningkatan tanpa perlu PKP
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, buat masa ini tiada varian baharu dikesan melainkan penularan varian sedia ada iaitu Omicron, dan sub kepada varian Omicron.
Kurang sebulan MyMinda dilancarkan, lebih 17,000 saringan mental direkodkan
Sejak perkhidmatan modul MyMinda diperkenalkan pada 21 Okt menerusi aplikasi MySejahtera, sebanyak 17,300 saringan mental direkodkan.
PRN: Pengundi positif COVID-19 mula terima panduan keluar mengundi di MySejahtera
Individu positif COVID-19 yang layak mengundi akan menerima mesej di aplikasi MySejahtera bermula hari ini hingga Sabtu.
Janji temu rawatan pergigian melalui MySejahtera - KKM
KKM akan memperkenalkan fungsi peringatan secara automatik melalui aplikasi MySejahtera yang mana, orang awam akan diberi notifikasi untuk hadir pada masa dan tarikh yang telah ditempah.
COVID-19: Sambutan dos penggalak masih kurang memuaskan - Dr Zaliha
Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang memuaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Pembelian MySejahtera antara tumpuan Dewan Rakyat
Soalan itu dikemukakan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) kepada Menteri Kesihatan.
Pemantauan pesakit tidak bergejala guna MySejahtera sepenuhnya mula tahun ini
Pelaporan dan pemantauan pesakit COVID-19 yang tidak bergejala akan menggunakan platform MySejahtera secara keseluruhan bermula tahun ini.